Kitab Adab Sulukil Murid
"Bab Larangan Meninggalkan Solat Jumaat dan Solat Berjemaah" (M.S 65)
Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
1 September 2021

Perlu pelihara solat rawatib yang telah disyariat dan jadikan kekal dalam menunaikannya.
Perlu juga dijaga solat:
1. Witir.
2. Dhuha.
3. Antara maghrib dan isya' (Awwabin).
Orang yang jaga solat rawatib akan jaga solat fardhu. Orang yang ringankannya boleh dimusibahkan orang yang tidak menjaga solat fardhu.
Witir paling kurang 1 rakaat, paling sempurna 3 rakaat, paling banyak 11 rakaat. Tiada 2 witir dalam satu malam. Antara sebelum tidur atau selepas tidur.
Cara witir:
1. 3 rakaat 2 salam.
2. Seperti solat maghrib.
3. 3 rakaat 1 salam.
Witir sebelum tidur ialah witir saidina Abu Bakar (witir orang tua), witir selepas tidur ialah witir saidina Umar Al Khatab (witir orang muda). Witir adalah solat sunat paling hampir dengan solat fardhu. Witir dapat membina kelakian bagi lelaki dan sifat pejuang bagi para pejuang.
Orang yang ada ilmu darjatnya diangkat tetapi tidak dekat dengan Allah SWT jika tidak beramal dengan ilmu yang ada. Orang yang berilmu perlu kejar amalan. Guru-guru pada satu ketika dahulu adalah ilmuan dan ahli ibadah.

Cara nak selesaikn masalah ialah dengan solat sunat dhuha 8 rakaat, hendak murahkan rezeki tunaikan solat sunat dhuha 4 rakaat.
Solat antara maghrib dan isya' ialah solat awabin. Paling banyak 6 rakaat, paling sedikit 2 rakaat. Jangan bercakap antara solat maghrib dan solat awabin untuk mendapat kelebihan solat awabin.

Seorang murid perlu hidupkan antara waktu maghrib dan isya'. Paling kurang melakukan iktikaf dalam masjid.
Dari sebelum solat subuh hingga naik matahari adalah penentu untuk perjalanan hidup seseorang dalam seharian.

No comments:
Post a Comment