''Sediakan diri sebelum ajalmu tiba'' (m.s 190)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
3 September 2021
Fatir 2: Sekiranya Allah SWT hendak memberi rahmat, tiada siapa yang dapat menghalangNya. Begitu juga sekiranya ALlah SWT hendak halang daripada turunnya rahmat maka tiada siapa juga yang dapat menghalangnya.
Jangan bergantung kepada manusia sebab manusia itu sifatnya lemah. Pintu manusia sentiasa tertutup. Jika terbuka pun hanya sikit. Pintu Allah SWT sentiasa terbuka luas.
Jangan bergantung kepada manusia sebab manusia itu sifatnya lemah. Pintu manusia sentiasa tertutup. Jika terbuka pun hanya sikit. Pintu Allah SWT sentiasa terbuka luas.
Rasulullah SAW sentiasa mengajar sahabat-sahabatnya agar bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Ujian terhebat para sahabat ialah kewafatan Rasulullah SAW.
Pada ketika itu semua sahabat buntu sehingga saidina Abu Bakar As-Siddiq membuat pidato yang mengingatkan bahawa Rasulullah SAW serupa seperti Rasul-rasul sebelum ini yang kembali kepada Allah SWT (meninggal). Beliau mengingatkan agar kembali pergantungan kepada Allah SWT.

Kehebatan iman Saidina Abu Bakar sehingga imannya lebih berat daripada iman umat Nabi Muhammad SAW kerana pergantungannya kepada Allah SWT.
Orang yang kuat pergantungan kepada Allah SWT ialah orang yang hebat seperti Siti Hajar yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS di padang pasir. Akhirnya umat manusia yang menunaikan haji dan umrah mengikut jejaknya berlari dari Safa ke Marwa.

Raja Namrud ialah raja yang mendapat tempat di hati rakyat. Apabila dia memberi arahan membakar Nabi Ibrahim maka rakyat tak bantah hatta ada orang tua bongkok yang mengambil kayu api buang ke tempat bakar Nabi Ibrahim.
Pada ketika itu banyak para malaikat turun hendak membantu Nabi Ibrahim termasuk malaikat Jibril. Namun Nabi Ibrahim tolak kerana keyakinannya kepada Allah SWT.
Ketika ini keluar ayat yang hebat dan menjadi zikir kita pada hari ini;
Ketika ini keluar ayat yang hebat dan menjadi zikir kita pada hari ini;
"Hasbunallah wa nikmal wakil".
Akhirnya Allah SWT menyuruh api menjadi sejuk dan api tersebut menjadi sahabat kepada Nabi Ibrahim A.S.
Pertolongan Allah SWT akan datang dengan asbab. Wajib lalui sebab, namun pergantungan perlu diletakkan kepada Allah SWT sahaja. Ini adalah perintah.
Orang tidak beradab apabila tidak buat apa-apa tetapi mengharap pertolongan Allah SWT. Orang yang bergantung kepada asbab semata-mata akan hadapi kehancuran. Pergantungan kepada Allah SWT akan selesaikan masalah dan muliakan kita.
Syarat nak lepas masalah:

1. Perlu berusaha bersungguh-sungguh hingga akhir nafas.
2. Akan dibuka tanpa kita sedari.
3. Allah SWT boleh buka pintu penyelesaian daripada benda yang kecil.
4. Allah beri penyelesaian, kemenangan yang agung.
Nama Allah SWT al-fatah, pembuka. Allah SWT pembuka jalan kepada penyelesaian hidup kita. Pintu Allah SWT tidak terbuka kepada mereka yang main-main.
Nama Allah SWT al-fatah, pembuka. Allah SWT pembuka jalan kepada penyelesaian hidup kita. Pintu Allah SWT tidak terbuka kepada mereka yang main-main.
Rasulullah SAW sendiri pakai 2 baju besi apabila hendak pergi berperang.
Ukasyah menggunakan pelepah kurma dalam perang badar sehingga pedang itu bertukar menjadi pedang.
Ukasyah menggunakan pelepah kurma dalam perang badar sehingga pedang itu bertukar menjadi pedang.
Nabi Yusuf dipenjarakan bertahun-tahun. Apabila baginda bergantung kepada rakan sepenjara, Allah SWT lupakan orang tersebut hingga bagunda tinggal lagi beberapa tahun lagi dalam penjara.
Imam Az Zuhri pernah ditanya bagaimana nak ditentukn kecondongan jantina khunsa ketika masih kecil. Jawapan ini diperolehinya daripada khadamnya yang menyatakan tengok kencing keluar ikut mana.
Imam Az Zuhri pernah ditanya bagaimana nak ditentukn kecondongan jantina khunsa ketika masih kecil. Jawapan ini diperolehinya daripada khadamnya yang menyatakan tengok kencing keluar ikut mana.
Tamadun Islam dibina dengan beradab kepada Allah SWT.
Tahun ke-6 Rasulullah SAW mimpi umat Islam dapat ke Mekah untuk menunaikan umrah dalam keadaan selamat. Namun apabila menuju ke Mekah, Baginda SAW dan para sahabat disekat oleh orang kafir di Aqabah. Daripada kejadian ini berlakunya perjanjian hudaibiyyah.
Akhirnya dalam 2 tahun selepas perjanjian tersebut menyebabkan jumlah yang memeluk Islam sama banyak dengan bilangan orang yang sudah Islam di Mekah dan Madinah.
Pada tahun ke-7 hijrah, Rasulullah SAW dapat menunaikan umrah dengan aman, tahun ke-8 berlakunya pembukaan kota Mekah.
Nak ikhtiar perlu ikut syariat dan perintah Allah SWT. Jangan main-main dengan ikhtiar. Ini adalah perintah Allah SWT.
Nak ikhtiar perlu ikut syariat dan perintah Allah SWT. Jangan main-main dengan ikhtiar. Ini adalah perintah Allah SWT.
Kita tidak nafikan ikhtiar namun tidak beriman kepada ikhtiar. Hendak dapat pertolongan Allah SWT perlu berusaha bersungguh-sungguh dan perlu berdisiplin.
No comments:
Post a Comment