Sunday, September 5, 2021

"Bab Larangan Meninggalkan Solat Jumaat dan Solat Berjemaah"



Kitab Adab Sulukil Murid

"Bab Larangan Meninggalkan Solat Jumaat dan Solat Berjemaah" (M.S 65)
Perenggan 3

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
5 September 2021

Perlu haloba (ambil kesempatan) pada masa: 
1. Selepas subuh hingga naik matahari. 
2. Selepas asar hingga terbenam matahari. 

Kedua waktu ini mulia kerana Rasulullah SAW telah doakan keberkatannya. Berkat ialah bertambah kebaikan.


Hendak keberkatan hari bermula dari subuh sehingga naik matahari dalam anggaran segalah (anggaran 20 minit). 

Waktu selepas asar hari jumaat perlu difokus kepada ibadah, terutama selawat 1000 kali pada waktu itu sahaja.

Riadah ulama' berlumba-lumba atas tikar sembahyang, lebih utamakan riadah rohani daripada riadah jasad. 

Siapa jaga waktu selepas asar akan dipelihara sepanjang malam. 

Menurut Hassan Al-Basri; orang yang tahajjut dipakai cahaya rahmat Allah SWT. 

Antara waktu mustajab doa ialah sebelum tenggelam matahari.

No comments: