Sunday, September 5, 2021

''Kewalian itu adalah Kemuliaan rabbani''



Majlis 21: Bila Sudah Maju Pantang Menoleh ke Belakang
''Kewalian itu adalah Kemuliaan rabbani'' (M.S 193)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
5 September 2021

Mengenali wali: 
Orang awam - melalui karamah. 
Orang soleh/taqwa - kenali sifat mereka. 
Ahli firasat - melalui firasat.

Ada orang tertipu dengan wali disebabkan tengok karamah. Jika orang ada karamah tapi tidak ikut syariat maka dia bukan wali. 


Ahli firasat ialah orang yang banyak merahsiakan perkara yang mereka ada. Berbeza dengan ahli hebah, tidak reti simpan rahsia. Ahli firasat sekiranya mengenali wali akan rahsiakannya.

Orang benar-benar wali dipilih oleh Allah SWT. Dia tidak perlukan pengiktirafan orang. 

Antara sifat-sifat wali Allah SWT: (Surah al-furqan, al-mukminun) 
  1. Berlumba-lumba buat baik dan mereka menang. 
  2. Berjalan dengan rendah diri. 
  3. Tidak balas kejahatan dengan kejahatan.
  4. Muamalah dengan orang umpama si pekak dan bisu. Tidak kisah apa yang orang nak kata. 
  5. Tidak layan orang yang berakhlak buruk. 
  6. Suka derma harta. Mereka takut derma tidak diterima. 
  7. Jaga qiamullail. 
  8. Menjauhi dosa-dosa. 
  9. Jika buat dosa kecil mereka akan cepat istighfar dan bertaubat.
  10. Berjuang di jalan Allah SWT. 
  11. Sentiasa berdoa. 
  12. Berkawan dengan orang-orang bertaqwa. 

Doa yang selalu dibaca para wali: 
1. Dipalingkan daripada azab. 
2. Dikurniakan isteri dan anak-anak soleh. 

Perlu usaha dapatkan ahli wali kerana dekat mereka kepada Allah SWT. Bukan kerana karamah yang ada pada mereka.

Berusaha menjadi wali Allah SWT kerana hendak dekat dengan Allah SWT. Asas yg dibawa perlu betul. 

Dunia tidak dibuang oleh para wali. Perlu jadikan dunia berkhidmat kepada kita, bukan kita berkhidmat pada dunia. Jika berkhidmat kepada dunia, dunia akan bawa kepada maksiat.

Ibrah hijrah Nabi SAW, lari daripada dunia yang menyesatkan, melalaikan kepada dunia yang membawa kepada hidayah. 

Kuasa dan harta adalah milik orang bertaqwa. Perlu diambil semula daripada orang yang tidak layak memilikinya agar tidak rosak agama. 

Matlamat hidup yang lebih tinggi ialah hendak jumpa Allah SWT.

Doa sebelum Rasulullah SAW wafat: 
1. Mohon keampunan Allah SWT. 
2. Mohon rahmat Allah SWT. 

Org sufi tidak menuntut sesuatu perkara/benda, redha dengan apa yang dapat. Dalam erti kata meminta apa yang hendak, redha dengan apa yang diberikan/dapat.

Buat ikut acuan hidup yang berlandaskan syariat (sibqatallah). Jangan ikut acuan yang tidak dibenarkan meskipun dilihat acuan tersebut boleh berjaya. 

Wali Allah SWT tidak beriman dengan asbab dalam masa tidak meninggalkan asbab. Benda dilihat mereka ialah hakikat, iaitu menuju kepada cinta Allah SWT.

Dunia jangan biasa selesa dengannya takut akhirnya gadai agama untuk keselesaan.

No comments: