Wednesday, September 1, 2021

''Zuhud Memerlukan Usaha Yang Gigih''



Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Zuhud Memerlukan Usaha Yang Gigih'' (m.s 188)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
1 September 2021

Mana-mana kerjaya yang kita ceburi, kita akan buat beribu kali untuk menunjukkan kesungguhan kita. Namun untuk kerja agama jarang dibuat bersungguh-sungguh. Jika bersungguh pun tidak istiqamah, jika dapat istiqamah pun hasilnya tidak berkualiti.

Perlunya zuhud untuk menilai akhirat lebih daripada menilai dunia. 

Menurut Yunus bin Maisarah; bukanlah zuhud itu meninggalkan dunia, hatta lebih meyakini dengan janji Allah SWT. Orang zuhud menjadikan orang puji dan kutuk sama sahaja selagi atas nama kebenaran.


Jarang orang sibuk akhirat tinggal dunia tapi orang yang selalu sibuk dunia selalu tinggal akhirat. Orang yang bersungguh tumpu akhirat tidak akan ringankan dunia. 

Apabila jelas zuhud maka akan tahu bagaimana jalan yang dilalui oleh para alim ulama.

Orang yang paling ada aqal ialah orang yang zuhud, iaitu orang yang tahu melihat dunia dan melihat akhirat. 

Dalam memilih dunia selalu dikira untung dan rugi. Sepatutnya dilihat keuntungan dunia bersama keuntungan akhirat dalam menilai perkara dalam kehidupan.

Bandingan dunia dan akhirat umpama celupan jari dalam laut, kemudian lihat baki air laut di hujung jari itu lah dunia. Akhirat umpama air laut yang luas. 

Dalam pembentukn negara Islam, perlu membawa masyarakat melihat akhirat lebih daripada dunia. 

Dampingilah murid-murid Allah SWT (orang yang dekat dengan Allah SWT).

Tahap manusia mengenal Allah SWT: 
  • Salik - baru hendak mula mendekati Allah SWT 
  • Murid - Orang sudah menikmati beribadah kepadaNya. Mereka ini sudah ada komitmen dengan akhirat. Akhirat sudah sebati dengannya. 
  • Arif billah - Golongan yang merasa kelazatan beribadah kepada Allah SWT.

Apa yang tidak rugikan akhirat itulah zuhud. 

Perlu ada 2 sifat pada diri kita: 
1. Yang haram tidak boleh kalahkan sabar. 
2. Yang halal tidak melupakan syukur.

Nabi Daud pernah bertanya bagaimana hendak bersyukur dengan rezeki Allah SWT yang terlalu banyak. Allah SWT berkata cara bertanya itu pun sudah menunjukkan rasa syukur.

Kemuncak bersyukur ialah penat untuk mengucapkan syukur sebab terlalu banyak syukur.

Cari guru untuk mengenal Allah SWT. Apabila kenal guru maka akan kenal jalan menujuNya. Itulah guru yang mursyid. Guru ini bawa kita kenal Allah SWT dan melihatNya.

Sifat asas guru: 
1. Ada ilmu ulama. 
2. Ada hikmah (kebijaksanaan). 
3. Siyasatul muluk (pengurusan raja). 

Hikmah itu tahu apa yang hendak dikata, bila dan tempat yang sesuai untuk digunakan. 

Guru perlu tahu cara mengurus umpama pemimpin negara mengurus.

Sifat-sifat guru mursyid: 
1. Ada sifat Tuhan: 
i. Menutup keaiban. 
ii. Pemaaf. 

2. Ada sifat Nabi Muhammad SAW: 
i. Belas kasihan. 
ii. Lemah lembut. 

3. Ada sifat saidina Abu Bakar: 
i. Benar. 
ii. Membenar. 

4. Ada sifat saidina Umar Al-Khatab: 
i. Suruh ke arah kebaikan. 
ii. Mencegah kemungkaran.

5. Ada sifat saidina Uthman bin Affan: 
i. Suka beri makan kepada orang lain. 
ii. Suka bangun malam ketika orang lain tidur. 

6. Ada sifat saidina Ali bin Abi Talib 
i. Alim. 
ii. Berani. 

Hendak mendapat cinta Allah SWT perlu melihat nikmatNya. 

Jika kita cintakan Allah SWT, kita akan cintakan orang yang Allah SWT suruh iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sifat guru oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: 
1. Mahir hukum hakam syariat. 
2. Ada ilmu hakikat (tassawuf - untuk dirawat hati). 
3. Amat pemurah pada tetamu terutama anak murid. 
4. Rendah diri pada orang beriman. 
5. Berjaya mendidik orang.

No comments: