Saturday, August 21, 2021

''Utamakan kerja untuk Allah dahulu!''



Majlis 19 Bicara Tentang Takut Kepada Allah
''Utamakan kerja untuk Allah dahulu!'' (m/s178)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman 
21 Ogos 2021

Membantu org dlm mentaati Allah SWT adalah satu jihad dan usaha menegakkn syiar Allah SWT Belajar sejarah untuk mempelajari pengajarn dalam mentaati Allah SWT, bukan sekadar halwa telinga. 

Pemutus silaturrahim tak dpt masuk syurga.

Penghalang dari mengingati Allah SWT dgn sempurna: 
1. Isteri 
2. Anak 
3. Harta 

Disebut isteri kerana menekankan lelaki sebagai pemimpin. Apabila dilakukan dosa disebabkan suami dan isteri, suami sahaja yang kena kafarah.

Suami lemah apabila dikuasai isteri dan anak-anak daripada mentaati Allah SWT. 
Antara sebab isteri dan anak-anak derhaka kepada suami kerana kegagalan mengutamakan Allah SWT dalam hidup 

Perlu berdoa agar dapat mengurus keluarga dengan baik, bukan doa dijauhi daripada diberi isteri dan anak-anak. Orang yang diberi isteri solehah, separuh daripada agamanya selesai. Anak-anak soleh ialah aset kita. 

Perlu dipelajari ilmu menguruskan isteri dan anak-anak kerana akan dipersoal di akhirat kelak.

Hidup yang dipengaruhi kefanakan dunia dan hawa nafsu umpama minum air menggunakan cawan yang pecah, yang mana boleh masuk serpihan-serpihan ke dalam perut yang akan memudaratkan seseorang. 

Abdullah bin Umar tekankan untuk memenangi perang dengan diri sebelum berjihad berperang di jalan Allah SWT.

Niat Nabi Adam A.S makan buah larangan hanya kerana hendak jadi malaikat. Kesalahan Baginda yang hanya sekali itu kerana terikut hawa nafsu yang dipengaruhi oleh Hawa menyebabkan mereka berdua terus dikeluarkan dari syurga. 

Iblis tidak mampu hasut Nabi Adam secara terus maka dia menggunakan Hawa untuk mempengaruhi Nabi Adam.

Matlamat tak menghalalkn cara. 

Hanya lelaki dibenarkan berkahwin dengan ahli kitab. 

Perlu kuasai hawa nafsu serta tekankan kepada isteri supaya sentiasa patuh kepada perintah Allah SWT. 

Mujahadah: 
1. Tak ambil benda haram/larangan. 
2. Daripada lalai ingat Allah SWT.

Syahawat menjadi kuat apabila berasa kesedihan disebabkan dunia lebih besar daripada kesedihan menuju akhirat. 

Nak latih nafsu perlukn sedikit masa (bersabar), penekanan dan ilmu. Lebih mudah untuk latih nafsu daripada latih haiwan jika ditumpu betul-betul. Apabila dapat membawa nafsu ke arah kebaikan maka nafsu akan terus condong melakukan kebaikan. 

No comments: