''Teguh dalam mengangkat syariat'' (m/s180)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
22 Ogos 2021
Daripada Rasulullah SAW;
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلَمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Orang Islam yang sebenar ialah orang lain selamat daripada mulut dan tangannya
(Jangan aniaya orang)
Disiplinkan hidup dengan:
1. Jangan aniaya orang terutama melalui mulut atau tangan
2. Beri manfaat kepada orang lain
Kemarahan kita hanya memberi kepuasan sebentar sahaja kepada hawa nafsu. Lebih daripada itu memudharatkan kita.
Kemarahan kita hanya memberi kepuasan sebentar sahaja kepada hawa nafsu. Lebih daripada itu memudharatkan kita.
Banyakkan memberi manfaat kepada orang beriman kerana doa mereka akan diangkat oleh Allah SWT.
Jika hendak benci biar kerana Allah SWT. Pada ketika itu kita menunjukkan yang kita sensetif terhadap Islam.
Hidayah akan lebih mudah datang kepada kita sekiranya kita tidak menyakiti orang lain.
Orang yang sudah merasai ke syurga dengan segala apa yang mereka lakukan melalui ilmu dan hidayah Allah SWT, mereka akan kembali ke dunia untuk ajak orang lain bersama-sama untuk ke syurga.
Orang yang diam tidak bela Islam ialah syaitan bisu.
Orang yang semakin mendekati akhirat (ingat sentiasa kepada akhirat), malaikat akan semakin dekat denagnnya kerana malaikat ialah manifestasi Allah SWT.
Orang yang semakin mendekati akhirat (ingat sentiasa kepada akhirat), malaikat akan semakin dekat denagnnya kerana malaikat ialah manifestasi Allah SWT.
Badan kita mempunyai bau yang dapat dihidu oleh malaikat bergantung kepada amalan kita. Sekiranya banyak amalan yang ikhlas, akan wangi badan kita dan malaikat akan sentiasa menghampiri kita. Begitu juga sebaliknya.
Gambaran solat oleh Hatim Al Asam:
Gambaran solat oleh Hatim Al Asam:
Di hadapan ada kaabah (kiblat) namun perlu dilihat;
- Mata: melihat timbangan amalan di hadapan
- Kaki: di atas titian sirat
- Kanan: syurga
- Kiri: neraka
- Belakang: malaikat maut nak cabut nyawa
- Kamu tidak pasti adakah solat kamu diterima atau tidak.
Solat menjadi ukuran apa yang lebih utama kepada kita, antara ingat dunia atau akhirat.
Meyakini sesuatu perkara duniawi dan ukhrawi bergantung kepada:
1. Ilmu yakin
2. Ainul yakin
3. Haqul yakin
Allah SWT memberi keberkatan kepada orang yang mempelajari ilmu akhirat dengan mengetahui tipu daya dunia. Jika mendapat dunia dia tak terlalu gembira, apabila hilangnya dia tak sedih.
Allah SWT memberi keberkatan kepada orang yang mempelajari ilmu akhirat dengan mengetahui tipu daya dunia. Jika mendapat dunia dia tak terlalu gembira, apabila hilangnya dia tak sedih.
Bayangan yang didengar oleh iman akan lebih berkesan dari telinga. Ilmu yang diperoleh melalui telinga akan turun ke hati kemudian akan dibina keyakinan oleh iman. Dengan keyakinan ini dia lakukan sesuatu seolah-olah dia melihat Allah SWT dan dia meyakini Allah SWT sentiasa melihatnya. Maqam ini dinamakan maqam ihsan.
Banyakkan mendapat gambaran (belajar) tentang akhirat. Gambaran dunia hanya indah khabar dari rupa. Gambaran akhirat lebih indah rupa dari apa yang dikhabar.
Urusan dunia sekiranya dibicara akan bertambah ketakutan, sebaliknya akhirat jika dibicara semakin bertambah keyakinan seseorang itu. Orang yang tumpu akhirat ialah orang yang akan sentiasa tenang.
Urusan dunia sekiranya dibicara akan bertambah ketakutan, sebaliknya akhirat jika dibicara semakin bertambah keyakinan seseorang itu. Orang yang tumpu akhirat ialah orang yang akan sentiasa tenang.
Jalan-jalan orang siddiqin banyak mengutamakan pencarian ilmu dan bicara tentang akhirat. Mereka sentiasa ditambah hidayah dan taqwa oleh Allah SWT
No comments:
Post a Comment