Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Tiada yang sepi dari maksiat'' bahagian 1 (m.s 184)Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman 26 Ogos 2021
Taubat perlu berterusan selagi tak bertemu Allah SWT. Orang beriman tak akan dipatuk dua kali pada tempat sama dalam erti kata tak akan mengulangi dosa dan maksiat yang telah dibuat. Maksiat ialah melanggar perintah Allah SWT dan dapat dosa.
Antara org yg lalai (ghaflah):
1. Tak kenang dosa-dosa silam.
2. Tidak berzikir.
3. Tak ambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku kepada kita.
4. Gagal ambil peluang yang Allah SWT berikan kepadanya untuk bersyukur.
Perlu kenang dosa silam. Bukan untuk putus asa tetapi sebagai motivasi untuk terus bertaubat kepada Allah SWT.
Perlu kenang dosa silam. Bukan untuk putus asa tetapi sebagai motivasi untuk terus bertaubat kepada Allah SWT.
Di akhirat akan dipersoal setiap orang tanpa ada penterjemah mewakilinya supaya maksud jelas apa yang diceritakan oleh orang tersebut.
Di akhirat kelak kita akan tunggu selama 50 ribu tahun untuk mengenang kembali dosa yang dilakukan secara lengkap sebelum dihisab oleh Allah SWT.
Di akhirat kelak kita akan tunggu selama 50 ribu tahun untuk mengenang kembali dosa yang dilakukan secara lengkap sebelum dihisab oleh Allah SWT.
Allah SWT suka hambaNya yang buat dosa dan bertaubat, tidak suka hambaNya rasa tidak buat dosa. Kelazatan untuk istighfar akan hilang jika rasa diri tak buat dosa.
Mengikut ulama ada banyak kesan buat dosa. Antara kesan buat dosa:
Mengikut ulama ada banyak kesan buat dosa. Antara kesan buat dosa:
1. Ada kehinaan dan lemah.
2. Kenikmatan hilang.
3. Suulkhatimah.
4. Mematikan hati.
5. Kekufuran.
6. Kebimbangan melampau.
7. Hilang keberkatan rezeki.
8. Tidak membesarkan Allah SWT.
Lemah dalam ibadah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan, perlu dibaiki dgn taubat. Umpama sakit sekarang disebabkan kemalangan pada satu ketika itu.
Lemah dalam ibadah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan, perlu dibaiki dgn taubat. Umpama sakit sekarang disebabkan kemalangan pada satu ketika itu.
Adakala Allah SWT telah hijabkan dosa kita daripada masyarakat. Walaupun Allah SWT telah hijab dosa tapi urusan kita dengan Allah SWT masih belum selesai.
Setiap apa yang kita buat terutama dosa akan berlaku kitaran. Kita perlu menanggung akibat buat dosa dahulu.
Setiap apa yang kita buat terutama dosa akan berlaku kitaran. Kita perlu menanggung akibat buat dosa dahulu.
Selalunya sebab tinggal maksiat:
1. Umur dah makin meningkat.
2. Tak berpeluang buat maksiat yang biasa dilakukan.
3. Tindakan pihak berkuasa.
Bahaya tak ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah SWT. Semua kejahatan yang tak dikeluarkan ketika bertaubat boleh menyebabkan kejahatan tersebut datang kembali apabila ada peluang.

Ibadah ada nilai, rasa, kerinduannya. Jika tidak dirasai bermaksud hati sudah mati. Perlu dibaiki kembali dengan taubat yang sebenar.
Setiap musibah adalah disbabkan dosa-dosa yang dilakukan, nikmat yang Allah SWT berikan tak akan hilang kecuali disbabkan dosa-dosa yang dilakukan.
Setiap musibah adalah disbabkan dosa-dosa yang dilakukan, nikmat yang Allah SWT berikan tak akan hilang kecuali disbabkan dosa-dosa yang dilakukan.
Menurut Saidina Ali KWJ; bala turun disebabkan dosa-dosa yang dilakukan. Bala tersebut hanya dapat diangkat dengan bertaubat.
Murtad tak akan mengurangkan bilangan umat Islam. Allah SWT akan ganti dengan orang yang lebih baik. Faktor utama murtad disbabkan dosa yang dilakukan. Jangan remehkan dosa-dosa yang dilakukan.
Ahli taat sentiasa ditapis kebimbangan dengan meyakini Allah SWT.
Orang yang hidup tanpa merasakan dirinya hamba kepada Allah SWT hanya takut kepada miskin dan mengharapkan kaya sahaja. Sebab itu maksiat seperti arak dan judi tak dapat dihapuskan jika masyarakat tidak merasakan dirinya hanya hamba.
Pilihlah kaya dengan rahmat Allah SWT. Ikut kaedah yang dibenarkanNya sahaj. Jangan pernah lupa dengan dosa yang pernah dilakukan. Sentiasa beristighfar mengenangkannya.
Pilihlah kaya dengan rahmat Allah SWT. Ikut kaedah yang dibenarkanNya sahaj. Jangan pernah lupa dengan dosa yang pernah dilakukan. Sentiasa beristighfar mengenangkannya.
No comments:
Post a Comment