Wednesday, August 25, 2021

''Apa yang menimpa kaum ini sama dengan apa yang menimpamu''



Majlis 20 T
idak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal

''Apa yang menimpa kaum ini sama dengan apa yang menimpamu'' (m.s 182)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman 
25 Ogos 2021

Semua orang diuji tidak kira apa sahaja peringkat iman mereka. Yang membezakan ialah cara masing-masing menghadapinya. 

Ada orang yang diberi kelebihan oleh Allah SWT tetapi dia dihijab daripada diketahui oleh orang ramai. Adakala dia langsung tiada pengikut.

Orang yang paling berat menerima ujian ialah para nabi diikuti orang-orang yang paling dekat dengan Allah SWT. 
Orang yang dekat dengan Allah SWT juga diuji dengan apa yang orang biasa diuji tetapi mereka memilih jalan sabar. 


Mereka ini memberi nasihat kepada orang yang bertanya kepada mereka kerana tanggungjawab mereka terhadap ilmu yang mereka ada. Orang yang dekat dengan Allah SWT dihijab masalah mereka. 

Zainab, anak Rasulullah SAW pernah meminta Baginda SAW mendoakan agar anaknya dipanjangkan umur tetapi Baginda SAW tak berbuat demikian kerana Baginda hendak menunjukkan Baginda SAW juga adalah manusia biasa.

Peringkat sabar dan iman: 
  1. Budak kecil (kena sikit terus menjerit). 
  2. Muda belia (sudah dapat bersabar). 
  3. Peringkat baligh (sibuk menyelesaikan masalah). 
  4. Org tua (redha dengan takdir). Ilmu memberi petunjuk kepada mereka. Ada sampai tahap mereka suka dengan ujian yang menimpa.

Rasulullah SAW dan sahabat terus tinggal di Madinah selepas pembukaan Mekah. Ini kerana di Madinah mereka lebih banyak menerima hidayah, ilmu dan manfaat kepada iman mereka. 

Siapa yang benar-benar beriman dikurniakan petunjuk dari Allah SWT. Mereka berpegang teguh dengan petunjuk ini. 

Utamakan minta ke arah agama. Perkara tersebut dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Jika cenderung untuk diri sahaja adalah permintaan syahawat. 

Kristianisasi di Indonesia satu ketika dahulu pernah sehingga 10% penduduk terpengaruh, murtad. Perkara ini berlaku kerana: 
1. Pekerjaan. 
2. Pendidikan. 
3. Politik.

Kehebatan Umar Al Khatab sehingga berjaya mengIslamkan empayar. 

Allah SWT sentiasa memelihara Islam dan umat Islam walaupun negara dan pemimpin tidak mampu jaga Islam. 

Di Malaysia pernah ada usaha kristiankan rakyat melalui pendidikan tetapi gagal kerana ulama' mewujudkan sistem pendidikan Islam (Sistem pondok).

Bulgaria negara yang pernah dibawah pemerintah Islam ditakluk oleh komunis dan cuba murtadkan rakyat sehingga kurangkan penduduk Islam dari 12% hingga 8%. Namun usaha ini gagal setelah penduduk Islam kembali meningkat selepas itu.

Islam umpama kayu gaharu. Orang kafir cuba membakar untuk keluarkan bau asap yang busuk, tapi yang keluar ialah bau wangi. 

Orang yang cinta selain dari Allah SWT ialah mereka yang bersedia untuk hadapi kehancuran. 

Jangan sombong dan hina orang lain, ada kala mereka lebih dekat dengan Allah SWT.

Jangan lalai daripada bermujahadah dengan Allah SWT. Jangan berada dalam zon selesa.

No comments: