Friday, August 27, 2021

''Tiada yang sepi dari maksiat'' bahagian 2


Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Tiada yang sepi dari maksiat'' bahagian 2 (m.s 184)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
27 Ogos 2021

Antara punca kecelakaan dunia dan akhirat ialah seseorang itu percaya rezeki diperoleh daripada apa yang diusahakannya, bukan dari Allah SWT.

Telah ditentukan rezeki dari Allah SWT bukan menjadikan orang itu malas, tapi menjadikan seseorang lebih berdisiplin dalam mencari rezeki. 

Ingat kembali rezeki yang diberi ketika kita berada dalam kandungan ibu. Segalanya dari Allah SWT.


Usaha kita tak mampu terus sampai kepada apa yang kita mahu kerana dihalang oleh takdir Allah SWT. 

Perlu banyak berfikir peringkat-peringkat kejadian kita dari tiada kepada ada sehingga meninggal dunia. 

Kebanyakan orang mencari dunia dalam keadaan berusaha bersungguh-sungguh tapi mencari akhirat dalam keadaan paling minima.

Jika kita utamakan akhirat kita, kita akan banyakkan masa dengan orang yang utamakan akhirat. Begitu juga sebaliknya. 

Sahabat Rasulullah SAW tidak mahu tinggal masa bersama Rasulullah SAW: 
1. Solat fardhu. 
2. Majlis ilmu. 
3. Di mana Baginda SAW berada.

Orang yang mengajak ke arah akhirat menghidupkan hatinya, orang yang ajak ke dunia akan musnahkn hatinya. 

Sesungguhnya rezeki akan memburu hamba Allah SWT lebih kuat daripada ajal memburunya. Seseorang itu tak akan mati sehingga dia dapat semua rezeki yang perlu dia peroleh dalam hidup.

Keunikan rezeki orang beriman ialah pahala manakala rezeki org kafir ialah akan jadi bala kepada mereka. 

Allah SWT enggan memberi rezeki kepada hambaNya yang beriman melainkan melalui dari cara yang tak disangka. 

Orang yang benar-benar beriman bukan sekadar dengar azan, hatta menunggu azan.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SWT bagaimana nak diturunkn rezeki, Baginda SAW berkata melalui perbanyakkan sedekah. 

Syarat dapat keberkatan rezeki: 
1. Sedekah dari rezeki yang halal. 
2. Ikhlas. 
3. Jangan ungkit bila sedekah. 

Rezeki menjadi banyak apabila kita lupakan sedekah yang kita dah lakukan.

Sentiasa doakan agar diingatkan apa yang dipelajari dan perkara yang lupa. 

Tercela apabila lupa membayar hutang kerana di akhirat akan diambil pahala kita sebagai ganti hutang di dunia. 

Allah SWT akan menghukum sesorang hamba yang lupa bahawa rezeki mereka datang daripada Nya.

Adakala kita lupa benda yang kita ada berbanding dengan orang kafir yang kaya ada iaitu iman dan rahmat Allah SWT. 

Jangan diberi keutamaan kepada dunia umpama kita atas perahu, dunia itu air di bawah. Kita berlayar atasnya dan tak akan biarkan air masuk dalam perahu kita.

Segala pancaindera kita perlu ditumpu sepenuhnya dalam mengingati akhirat. 

Apabila seseorang percaya bahawa punca rezeki daripada makhluk maka Allah SWT akan tutup pintu rezeki tersebut sebagai hukuman bahawa rezeki datang dari Allah SWT.

Kalau buat 5 perkara akan berlaku: 
1. Tak berlaku zina secara berleluasa hingga akan diturunkan wabak yang tak pernah diturun sebelum ini. 

2. Bila menipu dalam berniaga akan berlaku 3 perkara: 
i. Kemarau. 
ii. Susah bekalan. 
iii. Ada pemimpin jahat.

3. Tak bayar zakat melainkan Allah SWT tutup pintu langit daripada hujan. 

4. Bila tak tunai janji Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW (tak ikut syariat) melainkan akan berbalah sesama sendiri. 

5. Tidak jadikan Al-Quran perundangan akan berlaku peperangan.

Tak perlu berbalah tentang perkara khilaf. Jika hendak cari akhirat perlu berdisiplin dan bermujahadah. 

Hati ialah tempat ingat Allah SWT, perlu dipelihara daripada dunia.

Pemimpin perlu laksanakan amanah yang diberikan dan ada rasa qanaah dengan apa yang Allah SWT rezekikan baru masyarakat akan diturunkan rahmat.

No comments: