Monday, August 23, 2021

''Pandangan mata batin itu hakiki''



Majlis 19 Bicara Tentang Takut Kepada Allah
''Pandangan mata batin itu hakiki'' (m/s181)


Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
23 Ogos 2021

Mutawasimin - ahli firasat; apa yang disangka betul 

Sangkaan (zhon): 
  1. Salah: wasangka. Kebanyakan dilakukan oleh orang awam. Wasangka ialah sebohong-bohong percakapan
  2. Benar: firasat. Biasanya dimiliki oleh orang yang beriman atau orang biasa yang berusaha ke arahnya 

Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khatab ialah orang yang mempunyai firasat yang kuat dan benar.

Firasat benar boleh diperoleh dari: 
  1. Iman yang kuat (firasat Imaniyyah). 
  2. Latihan (firasat riyadhiah). 
  3. Kebiasaan (firasat khalkiah). 

Asas firasat keimanan (firasat imaniyyah) adalah untuk dekatkan diri dengan Allah SWT. Mereka beradab dengan takdir Allah SWT.

Menurut Syeikh Karmani, untuk memperoleh firasat keimanan: 
  1. Tunduk pandangan daripada benda-benda haram 
  2. Tahan daripada syahawat yang merosakan agama 
  3. Muraqabah dengan Allah SWT. Tindakan perlu sentiasa berjaga-jaga kerana yakin dengan Allah SWT sentiasa perhati kita. 
  4. Hiasi zahir dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. 
  5. Jaga makanan dan pemakanan.

Firasat latihan (firasat riyadhiah) boleh diperoleh daripada: 
  1. khalwat (menyendiri). 
  2. berjaga malam. 
  3. biarkan diri dengan berlapar. 

Firasat latihan (firasat riyadhiah) ini boleh dimiliki orang Islam dan kafir. Latihan yang kuat ini dapat menajamkan minda seseorg. 

Firasat kebiasaan (firasat khalkiah) diperoleh daripada pengalaman biasa yang sudah lama bermuamalah dengan orang lain. Selalunya dimiliki oleh orang-orang tua.

Zubaidah, isteri Harun Ar Rashid bermimpi dirogol 100 orang lelaki. Keadaan ini amat menggelisahkannya sehingga dia minta khadamnya tanyakan ulama' maksud mimpi tersebut tanpa menyebut mimpi tersebut daripadanya. 

Apabila ulama' yang ditemui dengar kisah mimpi tersebut, ulama' tersebut tahu bahawa mimpi itu adalah mimpi Zubaidah. Ulama' tersebut berkata mimpi tersebut bermaksud yang Zubaidah akan memberi manfaat kepada orang ramai. Selepas peristiwa mimpi tersebut, Zubaidah telah dibina ain zubaidah (tali air) yang memberi manfaat hingga hari ini

Orang yang mengambil bidang agama bukannya ahli agama. Ahli agama ialah mereka yang beramal dengan agama yang dipelajarinya. 

Ahli firasat imaniyyah ialah orang yang menerima segala penentuan dari Allah SWT. Peringkat penerimaan takdir mereka: 
  1. Sabar 
  2. Redha
  3. Suka dengan segala ketentuan yang kena pada dirinya

Imam Syafie bekata; biarkan apa yang ada pada hari, hiburkan hati dengan apa yang berlaku, apa pun yang berlaku jangan sedih kerana apa yang berlaku tak kekal. Jadilah lelaki yang sebenar dan kekalkan akhlak baik, pemurah dan tunaikan janji.

3 sifat orang yg dapat firasat imaniyyah: 
  1. Sabar dan redha 
  2. Tidak nisbah kejahatan kepada Allah SWT hatta mempercayai itu adalah kebijaksaanNya 
  3. Tidak iktikad benda buruk akan kekal 

Hassan Al-Basri pernah ditanya adakah umur 80 tahun masih boleh belajar agama, beliau berkata selagi dia nak hidup dia boleh belajar agama.

Sultan Nuruddin pernah terlalu sakit sehingga hendak mati. Anaknya telah siap protokol untuk upacara pengebumiannya. Akhirnya sultan hidup, anaknya yang meninggal dunia. 

Imam Ibnu Jauzi pernah menceritakan ada orang soleh yang dirasa sudah meninggal dunia. Namun apabila dimandikan tiba-tiba orang itu bersin. Akhirnya orang beriman itu tidak meninggal tapi tukang mandi jenazah yang meninggal.

No comments: