Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Semua kamu sangat perlu pengampunan Allah'' (m.s 185)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
28 Ogos 2021
Tidak kisah level mana kita berada, wajib untuk kita sentiasa bertaubat.
Menurut Qatadah; semua dosa ialah jejak langkah syaitan yang akan berusaha mendekatkan kita dengan maksiat.
Taubat ialah benteng daripada kemaksiatan. Lagi banyak seseorang itu bertaubat, semakin benci dirinya kepada maksiat.
Orang mukmin sebenar suka akan peringatan agar bertaubat.
Bangsa qibti ialah bangsa Firaun yang menzalimi kaum bani israel.
Nabi Musa pernah bermunajat, bertanya kepada Allah SWT:
Nabi Musa pernah bermunajat, bertanya kepada Allah SWT:
1. Bagaimana hendak menyelamatkan diri dari hukuman Allah SWT.
2. Bagaimana hendak membawa diri kepada redha Allah SWT.
3. Apakah benteng kepada kemurkaan Allah SWT.
Allah SWT menjawab banyakkan beristighfar dengan lidah, dan jadikan hati selalu menyesal dan anggota badan bergerak meninggalkan maksiat
Tanda benar seseorang itu benar-benar bertaubat ialah dengan tidak akan kembali membuat maksiat yang pernah dibuatnya.
Istighfar dan taubat adalah pagar daripada membuat maksiat.
Taubat perlu berpanjangan kerana adakala memerlukan masa yang panjang untuk menghapuskan kesan dosa yang pernah dilakukan.

Antara tanda kesan dosa yang masih tidak hilang ialah apabila orang masih bercakap tentang dosa kita.
Sebab dosa diampunkan:
Sebab dosa diampunkan:
1. Lakukan dengan tidak sengaja.
2. Tahu melakukan dosa dan segera bertaubat.
Sebab dosa tidak diampunkan:
1. Tahu buat dosa tapi tak bertaubat.
2. Tak rasa buat dosa dan hiasinya macam tidak berdosa.
Sebab tak bertaubat:
1. Memandang rendah pada dosa.
2. Pandang kecil kepada Allah SWT.
Syaitan paling berjaya apabila menyuruh seseorang buat dosa tapi orang itu tak rasa apa yang dibuatnya adalah satu kesalahan.
Syaitan paling berjaya apabila menyuruh seseorang buat dosa tapi orang itu tak rasa apa yang dibuatnya adalah satu kesalahan.
Menurut Abdullah bin Mas'ud; Benda paling binasa ialah apabila menyatakan dosa adalah benda yang tidak salah.
Makhluk yang pertama dilaknat oleh Allah SWT ialah iblis kerana makhluk pertama yang menderhaka (buat dosa) dan makhluk pertama dianggap mati.
Makhluk yang pertama dilaknat oleh Allah SWT ialah iblis kerana makhluk pertama yang menderhaka (buat dosa) dan makhluk pertama dianggap mati.
Orang yang buat dosa dianggap mati sehingga mereka bertaubat kembali.
Apabila rasa tidak buat dosa maka itu tanda tenggelam dengan dosa.
Pesan Nabi Khidir kepada Nabi Musa sebelum berpisah:
Pesan Nabi Khidir kepada Nabi Musa sebelum berpisah:
1. Jadi orang yang memberi manfaat.
2. Jangan jadi pencetus kepada masalah.
3. Jadi seorang yang sentiasa ceria dan senyum.
4. Jangan jadi seorang pemarah.
5. Jauhi perbalahan.
6. Jangan jalan kepada yang tidak perlu.
7. Jangan cela orang yang buat dosa.
8. Sentiasa menangis apabila melakukan dosa.
Saidina Abu Bakar yang tidak nampak membuat kesalahan pun diajar agar mohon keampunan dosa.
Saidina Abu Bakar yang tidak nampak membuat kesalahan pun diajar agar mohon keampunan dosa.
Orang yang mencela orang lain akan kembali kepadanya apa yang dicela.
Apabila rezeki halal maka akan terlaksana segala tanggungjawab. Secara umum rezeki halal dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
Alamat sumber rezeki halal:
1. Dekatkan diri dengan Allah SWT.
2. Banyak tawakal.
3. Banyak istighfar.
4. Sentiasa hubung silaturrahim.
5. Banyak sebut alhamdulillah (syukur).
6. Banyak sedekah.
Kalau rezeki yang disumbang sampai kepada orang yang khawas (orang yang dekat dengan Allah SWT) maka dia adalah orang yang bertawakal tinggi.
Kalau rezeki yang disumbang sampai kepada orang yang khawas (orang yang dekat dengan Allah SWT) maka dia adalah orang yang bertawakal tinggi.
Sifat rezeki adalah ujian.
No comments:
Post a Comment