Saturday, August 28, 2021

Al-Fatihah dalam solat


Tafsir Ibnu Katsir 
Jilid 1 
Muka Surat 43-44

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi SAW bersabda: 

"Barangsiapa yang mengerjakan shalat tanpa membaca Ummul Qur-an di dalamnya, maka solatnya kurang... kurang... kurang, yakni tidak sempurna."

Dikatakan kepada Abu Hurairah: "(Bagaimana jika) kami berada di belakang imam?" Maka Abu Hurairah berkata: "Bacalah al-Faatihah itu secara sirr (hanya terdengar oleh diri sendiri), kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:


'Allah berfirman: 'Aku telah membahagi solat (bacaan al-Faatihah) menjadi dua bahagian antara diriKu dengan hambaKu. Dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta. 

Jika ia mengucapkan: 'Alhamdulillaahi Rabbil 'aalamin,' maka Allah berfirman: 'HambaKu telah memujiKu.'

Jika ia mengucapkan: 'Ar-Rahmaanir Rahiim,' maka Allah berfirman: 'HambaKu telah menyanjungKu.' 

Jika ia mengucapkan: 'Maaliki yaumid Diin,' maka Allah berfirman: HambaKu telah memuliakan-Ku."

Dan Abu Hurairah pernah mengatakan: "(Allah berfirman:) 'HambaKu telah berserah diri kepadaKu.' Jika ia mengucapkan: 'Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin,' maka Allah berfirman: 'Ini adalah antara diriKu dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta.'

Dan jika ia mengucapkan: 'Ihdinash shiraathal mustaqiim, shiraathalladziina an'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalliin,' maka Allah berfirman: 'Ini untuk hambaKu dan bagi hambaKu apa yang ia minta.""

No comments: