Friday, August 27, 2021

Rombongan Najran



Ketibaan Rombongan Berduyun-duyun
Rombongan Najran (M.S 198)

Intisari 
Kuliah Dhuha Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
27 Ogos 2021

Musuh Islam yang keras pada zaman Rasulullah SAW ialah orang Yahudi dan orang musyrikin Mekah. Golongan nasrani lebih lembut terhadap Islam. 

Di Najran ada 100 kampung. Tempat berlaku kisah ashabul ukhdud.


Penduduk Najran tidak memeluk Islam sebab diberi kemewahan oleh kerajaan Rom. Mereka tidak suka berperang tapi tak mahu memeluk Islam. 

Kebanyakan rombongan Arab yang datang, Rasulullah SAW akan layan mereka apabila memakai pakaian musafir. Rasulullah SAW tidak akan layan rombongan yang datang dengan memakai pakaian kebesaran mereka. 

Itu yang berlaku kepada rombongan Najran yang datang bertemu Rasulullah SAW dengan berpakaian kebesaran mereka. Rasulullah SAW hanya layan mereka selepas mereka salin memakai pakaian musafir mereka.

Rombongan Najran berkata mereka sudah Islam lebih awal daripada Rasulullah SAW kerana mereka mengikut Nabi Isa. Baginda SAW bidas mereka dengan menyatakan mereka: 
1. Sembah salib. 
2. Makan babi. 
3. Kata Nabi Isa anak tuhan. 

Mereka tetap berkeras berkata Nabi Isa adalah anak tuhan, turun ayat Quran tentang perbandingan Nabi Isa seperti Nabi Adam (Rujuk Aal-Iimran: 59), di mana Nabi Adam tiada ibu bapa.

Rasulullah SAW ajak mereka buat mubahalah iaitu mengajak anank beranak untuk sumpah laknat ditimpa bagi mereka yang berbohong (rujuk Aal-Iimran: 61). Walau bagaimanapun mereka tidak berani. 

Mereka tetap tidak mahu memeluk Islam. Akhirnya mereka setuju untuk bayar jizyah. 

Di Madinah juga rombongan Najran bergaduh dengan orang Yahudi dengan masing-masing kata Nabi Ibrahim adalah dari agama masing-masing. Turun ayat Al-Quran yang membidas kedua-dua puak ini yang mana orang yang paling hampir dengan Nabi Ibrahim sudah tentulah orang-orang yang beriman (rujuk Aal-Iimran; 65 hingga 68).

No comments: