Tuesday, August 24, 2021

''Dosanya besar bila engkau berkata tanpa amal''



Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Dosanya besar bila engkau berkata tanpa amal'' (m.s 182)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman 
24 Ogos 2021

Penekanan kesufian: 
1. Ikhlaskan hati 
2. Beramal dengan ilmu 
3. Redha dengan takdir Allah SWT 

Menurut seorang ulama', Yusuf bin Hussain, perkara paling susah nak dapat di dunia ialah ikhlas. Benda paling susah nak buang ialah riya' kerana ia tumbuh dalam banyak bentuk.

Ikhlas perlu dikepung dengan: 
1. Lihat pahala lebih besar daripada lihat pujian orang ramai 
2. Amalan rahsia yang lebih hebat daripada amalan terang-terangannya 
3. Sentiasa lihat kesalahan diri sendiri berbanding orang lain 

Tak semua orang akan puji kita, sebab itu keutamaan kita ialah mencari redha Allah SWT.

Nilai amalan kita kepada Allah SWT ialah keikhlasan dalam beramal. 
Orang tak ikhlas umpama jiwa yang tiada roh, tiada nilai. 

Iman dan ikhlas dalam beramal perlu dimohon selalu dalam doa. 

Orang yang bermujahadah sentiasa melakukan ibadah tanpa diketahui orang lain sehingga dia meninggal.

Sentiasa melihat kecelakaan diri dalam mencari keikhlasan. Orang yang sibuk cari kesalahan diri sendiri tak sempat lihat kesalahan orang lain. 

Orang yang jaga keikhlasan tidak kisah orang puji atau keji. Orang yang ikhlas dapat dilihat tandanya melalui sentiasa tenang dan dapat hadapi kesusahan.

Tiada rasa hero dalam diri orang yang ikhlas. Sentiasa dirasakan syukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan kepadanya. 

Benda kecil jika dilakukan dengan ikhlas akan menjadi besar. Perkara besar jika tidak dilakukan tidak ikhlas akan jadi kecil.

Amalan ikhlas hanya untuk Allah SWT. Akan dipelihara dan disuburkan amalan ikhlas ini oleh Allah SWT. 

Berilmu perlu beramal. Nak beramal perlukan ilmu. Bani Israel dimusnahkan kerana mereka hanya cakap tapi tak beramal.

Malam isra' mikraj, Rasulullah SAW lihat golongan yang digunting mulut dengan gunting neraka kerana mereka cakap tapi tak beramal. 

Perbandingan orang alim yang tak beramal umpama pelita atau lilin. Menerangi orang tapi membakar diri. Orang lain dapat buat macam-macam, tapi diri hanya tunggu terpadam.

Dalam menuntut ilmu, paling kurang kena beramal dengan 
ilmu yang dipelajari sekali dalam seumur hidup. 

Menurut Saidina Ali KWJ, fitnah akhir zaman: 
1. Belajar bukan untuk agama
2. Belajar bukan untuk beramal,
3. Digunakan ilmu agama untuk keuntungan dunia 

Pedagang-pedangang dahulu berniaga untuk tegakkan syiar Islam. Bukan keuntungan yang diutamakan tapi penyebaran Islam.

Laksamana Cheng Ho pernah membawa pelayaran terbesar dengan 28 ribu orang menunaikan umrah. Mereka memberi amaran kepada Siam agar tidak ganggu Melaka semasa dalam perjalanan. 

Imej orang Islam akan sentiasa dilihat dalam semua bidang. Perlu diusahakan agar imej dijaga dengan baik.

Ulama akhirat lebih sibuk beramal kerana takukan Allah SWT. Mereka tidak puji diri mereka meskipun mereka berada dalam kedudukan yang tertinggi. 

Kehebatan iblis sehingga dapat beribadah di langit, solat bersama para malaikat, dan salah satu jin yang sudah melawat syurga namun akhirnya dibinasa kerana egonya.

Orang yang menunggang agama ialah orang yang gunakan agama untuk halalkan benda-benda yang haram dan melanggar agama. 

Takdir Allah SWT tidak ikut syahawat dan baik untuk iman. Sentiasa percaya takdir yang berlaku adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam takdir ada benda yang perlu dimuhasabah dan pahala di dalamnya. Mereka yang redha dengan takdir Allah SWT maka Allah SWT redha dengannya, jika dia marah dengan takdir maka Allah SWT murka terhadapnya.

Tiada masalah berasa sedih dengan mengeluarkan air mata dan sebak di hati dalam menerima musibah dari Allah SWT tapi jangan dilafaz dengan lidah. 

Nafsu kita sentiasa nampak jahat terhadap musibah walhal setiap perkara Allah SWT kurniakan ada kebaikan padanya

No comments: