Monday, August 30, 2021

"Bab Mendirikan Solat"



Kitab Adab Sulukil Murid
"Mendirikan Solat" (M.S 63) 

Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
30 Ogos 2021

Dalam menghadirkan Allah SWT dalam diri kita perlu kenaliNya dahulu. 

Hati umpama cermin muka. Dia menunjukkan apa yang ada di hadapannya. 

Cara hadirkn Allah SWT dalam hati: 
1. Zikir kepada Allah SWT. 
2. Sentiasa berfikir banyak tentang kebesaran Allah SWT.


Perlu paksa jadikan zikir menjadi wirid kepada diri dalam membesarkan Allah SWT. 

Ibu akal berada di hati, dipancarkan ke akal dalam otak. 

Perumpamaan orang sentiasa ingat Allah SWT seperti orang sentiasa lapar yang hendak makan. 

Ibadat bermula dari hati baru akan datang ke otak untuk berfikir.

Ibadah tanpa ingat kepada Allah SWT umpama debu yang berterbangan. 

Dijadikan ada pelbagai ibadah kerana kita cepat jemu. Apabila jemu pindah ke ibadah lain hingga kita dewasa dengan ibadah tersebut, dan sentiasa beramal dengannya. 

Tujuan solat untuk dibawa ke luar solat.

Perumpamaan solat tidak hadir Allah SWT dalam diri seperti mempersembahkan dayang yang sudah mati kepada raja.

No comments: