Tuesday, August 31, 2021

''Kaum sufi kenal akan keburukan dunia'' bahagian 2



Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Kaum sufi kenal akan keburukan dunia'' bahagian 2 (m.s 188)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
31 Ogos 2021

Cabaran zuhud ialah dunia dan segala isinya. Zuhud ialah senjata utama hendak dapatkan dunia sebenarnya. 

Bermuamalah dunia dengan zuhud bukan dengan nafsu. Apabila bermuamalah dengan nafsu akan sentiasa kalah.

Menurut Saidina Ali KWJ, Siapa yg benar-benar berzuhud, maka segala musibah dunia akan jadi kecil baginya. 


Menurut Hassan Al Basri, orang yang benar-benar alim (faqih) ialah orang yang zuhud, pandai hal agama, berterusan dalam melakukan ibadah. 

Dalam menguruskan dunia perlu tahu dunia dahulu. Perlu lihat dunia dari kaca mata zuhud.

Hinakan dunia, maka akan tenang dengan kehidupan. Segala yang dapat di dunia hanya ujian. 

Zuhud akan menyebabkan kita kenal dunia dan ahlinya. Zuhud juga membantu kita kenal Allah SWT. 

Thawuz bin Kaisan Al-Yamani, anak murid kepada Ibnu Abbas R.A pernah pada satu ketika anak khalifah duduk sebelahnya, disuruh budak itu untuk duduk diam tanpa mengira status budak tersebut yang merupakan anak kepada khalifah.

Imam Az Zuhri seorang ulama' hadith menggunakan kesempatan rapat dengan pemerintah untuk menasihati pemerintah. 

Peringkat zuhud: 
1. Jauhi manusia. 
  • Baru hendak kenali diri. 
  • Umpama seorang budak yang perlu belajar. 
  • Tidak mampu berada dengan orang fasik.

2. Bergaul dgn manusia. 
  • Tidak termakan dengan kemewahan dan tipu daya dunia. 
  • Umpama ikan masin di lautan masin. 
  • Posisi arif billah. 
  • Turun bersama masyarakat untuk beri peringatan. 
  • Boleh membimbing orang fasik.

Orang beriman yang bersabar bergaul dengan masyarakat lebih baik daripada orang beriman yang tidak bergaul dengan orang lain. 

Zuhud bermula dengan: 
1. Ingat mati 
2. Rasa orang lain lebih baik daripadanya. 
3. Tinggal apa yang lalai daripada Allah SWT. 
4. Utamakan akhirat.

Abdullah bin Mas'ud berkata kepada anak muridnya meskipun mereka lebih banyak beribadah daripada sahabat Rasulullah SAW, namun mereka tetap tidak boleh tandingi para sahabat kerana dalam sahabat ada rasa cinta Allah SWT dan akhirat lebih daripada mereka.

Malik bin Dinar apabila dikatakan beliau zuhud, beliau berkata bahawa Umar Abdul Aziz lebih zuhud kerana dapat kawal diri meskipun 2/3 dunia berada di bawahnya. 

Fasa kerajaan Umawwiyah: 
  1. Permulaan bermula dengan Muawiyah bin Abi Sufian. 
  2. Keemasan bermula dengan Abdul Malik bin Marwan. Umar Abdul Aziz berada dalam zaman ini.
  3. Kelemahan. 

Umar Abdul Aziz tidak tinggal solat jemaah dengan rakyatnya, sentiasa qiamullail dan sentiasa mendapat nasihat kematian daripada ulamak. 

Menurut Imam Malik, orang zuhud apabila bercakap akan penuh dengan hikmah, dan percakapan mereka akan sampai ke hati.

Ahli yang bercakap: 
1. Ahli ilmu apabila bercakap kita akan dapat ilmu. 
2. Ahli hikmah apabila bercakap akan sampai ke hati. 
3. Ahli makrifat apabila bercakap boleh ubahkan seseorang. 

Ahli ribath ialah mereka yang apabila meninggal, pahala mereka terus berkekalan. Contoh ahli ribath ialah Bilal bin Rabah.

Orang zuhud sudah baik namun terus menambah ilmu untuk sampai ke kemuncak zuhud. 

Orang zuhud tidak sombong, hanya buang dunia daripada hatinya. 

Mengambil manfaat ilmu tidak pernah rugi sehingga berada di hadapan Allah SWT. Kebaikan ini dinamakan kebaikan yang tidak dilupakan.

Fahami agama dengan cara yang sebenarnya, nescaya ia akan mengindahkan apa yang sudah indah, memperbaiki apa yang rosak, menjelaskan apa yang samar-samar, menambahkan keyakinan apa yang sudah jelas.

No comments: