Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Kaum sufi kenal akan keburukan dunia'' bahagian 1 (m.s 187)
Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
30 Ogos 2021
Orang sufi nampak buruk dan sementaranya dunia. Sebab itu mereka utamakan menyelamatkan diri mereka.
Dunia dan segala isinya dilaknat kecuali 4 perkara:
1. Zikir.
2. Taat.
3. Orang alim.
4. Orang yang sentiasa belajar kenal Allah.
Orang belajar perlu sentiasa biar ilmu melalui dirinya, orang yang alim pula perlu sentiasa menyampaikan ilmunya. Orang yang belajar ilmu hanya singgah pada dirinya. Sebab itu dia perlu belajar secara berterusan.
Sebab perlu selalu belajar:
1. Lupa.
2. Lemah semangat.
3. Salah faham.
Belajar umpama makan, setiap hari akan rasa lapar dan perlu makan.
Orang yang telah sampai kepada Allah SWT melalui ilmunya digelar sufi, orang yang sedang belajar dipanggil murid atau saliq.
Ahli sufi benci 2 perkara:
Ahli sufi benci 2 perkara:
1. Dunia.
2. Makhluk yang menyebabkan terganggu dari ingat Allah SWT.
Orang awam benci dengan perasaan marah. Ahli sufi benci dengan ilmu kerana takut benda yang ada pada orang atau perkara dibenci melekat kepada mereka.
Apabila Allah SWT hendak musnahkan satu kaum, Allah SWT akan suruh orang baik lari dahulu dari tempat tersebut.
Apabila Allah SWT hendak musnahkan satu kaum, Allah SWT akan suruh orang baik lari dahulu dari tempat tersebut.
Sebelum bertemu manusia untuk berdakwah, ahli sufi akan lari daripada manusia seketika sehingga dia dapat membezakan tipu daya dunia.
Apabila kita gagal kenal jin, kita gagal bermuamalah dengan mereka.
Ahli sufi akan bertemu dengan malaikat dan jin ketika mengasingkan diri dalam keadaan kedua-dua makhluk itu bukan dalam rupa asal mereka. Malaikat akan berupa dalam bentuk baik sahaja. Tak akan berupa bentuk haiwan.
Berbeza dengan jin yang boleh bertukar dalam bentuk baik, buruk atau dalam bentuk haiwan. Kekuatan jin berwarna hitam. Kekuatan mereka berubah ikut keadaan, ada yang boleh berubah lama dan ada yang ubah sekejap sahaja.

Kisah malaikat berjumpa si sopak, si botak, dan si buta;
Malaikat tanya permintaan mereka.
Malaikat tanya permintaan mereka.
Si sopak minta kulit yang baik dan unta.
Si botak minta rambut dan lembu.
Si buta minta penglihatan dan kambing.
Malaikat memberikan apa yang mereka minta, diberi haiwan yang diminta dengan melimpah ruah dan didoakan keberkatan kepada mereka.
Selepas mereka sudah selesa dengan kemewahan yang diperoleh, malaikat datang jumpa mereka untuk kali kedua dalam rupa orang susah. Apabila datang kali ini malaikat minta bantuan daripada mereka.
Selepas mereka sudah selesa dengan kemewahan yang diperoleh, malaikat datang jumpa mereka untuk kali kedua dalam rupa orang susah. Apabila datang kali ini malaikat minta bantuan daripada mereka.
Si sopak dan botak tak mahu membantu. Mereka kata bahawa harta kekayaan yang mereka ada adalah diwarisi daripada keluarga mereka.
Apabila ditanya tentang penyakit yang ada pada diri mereka sebelum ini, mereka menafikan yang mereka pernah sakit.
Apabila ditanya tentang penyakit yang ada pada diri mereka sebelum ini, mereka menafikan yang mereka pernah sakit.
Akhirnya mereka dijadikan susah semula dan dikembalikan penyakit kepada mereka.
Si buta bagi apa yang malaikat tersebut minta. Hatta dia bagi ambil lebih jika mahu. Akhirnya dia terus hidup dalam kemewahan yang diberi sebelum ini.
Si buta bagi apa yang malaikat tersebut minta. Hatta dia bagi ambil lebih jika mahu. Akhirnya dia terus hidup dalam kemewahan yang diberi sebelum ini.
Mimpi adalah alamat untuk diri sendiri, bukan alamat untuk semua. Diberi mimpi untuk didikan diri kita melainkan mimpi para nabi ialah wahyu.
Ada sebahagian jin soleh yang perlu diberi salam seperti berjumpa orang muslim. Dalam melaksanakan perintah dakwah perlu bersihkan diri kita.
Ada sebahagian jin soleh yang perlu diberi salam seperti berjumpa orang muslim. Dalam melaksanakan perintah dakwah perlu bersihkan diri kita.
No comments:
Post a Comment