Kitab Adab Sulukil Murid
"Mendirikan Solat" (M.S 63)
Intisari
Kuliah Lepas Subuh Sheikh Zainul Asri
29 Ogos 2021
Diri kita dan ibadah umpama kita di hadapan cermin. Dalam cermin itu mafhum, diri kita makna. Ibadah adalah mafhum kepada kita.
Unsur manusia ialah roh dan jasad. Makna kita terdapat pada roh kita. Roh melahirkan tindakan kepada jasad. Apabila ahli kitab hendak menguji Rasulullah SAW tentang roh, Allah SWT turunkan ayat bahawa roh itu adalah urusanNya.
Masalah aurad Muhammadiyyah ialah menentukan siapa Imam Mahadi.
Ahlus tahiyyuz ialah orang yang boleh berada dalam banyak tempat pada satu masa. Contoh yang ada ialah Burhanuddin Al Helmi, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi pondok lanai.
Ahlus tahiyyuz ialah orang yang boleh berada dalam banyak tempat pada satu masa. Contoh yang ada ialah Burhanuddin Al Helmi, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi pondok lanai.
Roh tidak akan mati, berkemampuan boleh berada dalam banyak tempat dalam satu masa. Hanya Allah SWT lebih mengetahui.
Dimensi antara roh boleh berjumpa ialah dalam mimpi. Jasad umpama sarung yang akan ditinggalkn selepas meninggal.
Dimensi antara roh boleh berjumpa ialah dalam mimpi. Jasad umpama sarung yang akan ditinggalkn selepas meninggal.
Ada dua pendapat ulama semasa dalam kubur, hidup dengan roh atau disarung dengan jasad yang sesuai dalam alam kubur. Di akhirat kita akan dikurniakan dengan sarung lain.
Orang yang kritik, hentam sesuatu ilmu maka dia tidak akan dapat ilmu tersebut.
Orang yang kritik, hentam sesuatu ilmu maka dia tidak akan dapat ilmu tersebut.
Di akhirat Allah SWT akan minta disembelih mati (makhluk Allah juga) antara syurga dan neraka. Ahli syurga berasa cukup seronok manakala ahli neraka akan cukup takut dan sedih dengan azab yang mereka akan hadapi kerana sudah tiada mati.
No comments:
Post a Comment