Sunday, August 29, 2021

''Cinta yang sempurna dan cinta yang kosong''



Majlis 20 Tidak Ada Gunanya Bicara Tanpa Amal
''Cinta yang sempurna dan cinta yang kosong'' (m.s 186)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
29 Ogos 2021

Orang yang beribadah namun dalam hati tiada Allah SWT akan pecah tembelangnya suatu hari nanti. 

Mati ialah makhluk Allah SWT. Sama seperti hidup. Allah SWT menguji hambaNya dengan kematian untuk melihat keutamaan hambaNya dalam hidup.

Cinta Allah SWT umpama pokok: 
  • Batangnya umpama makrifatullah, 
  • Akarnya umpama rendah diri kepada Allah SWT, 
  • Dahan-dahannya umpama takut kepadaNya, 
  • Daun-daunnya umpama malu kepadaNya, 
  • Buahnya umpama taat kepadaNya. 
  • Pokok ini perlu selalu disiram dengan zikir kepada Allah SWT untuk subur.
Kenapa cinta dunia cinta yang palsu: 
1. Semua akan binasa. 
2. Semuanya lemah. 
3. Penuh kekurangan. 
4. Sukar maafkan jika berlaku kesilapan. 


Kasih sayang Allah SWT meskipun hambaNya berulang kali buat dosa dan maksiat namun tetap memberi kasih sayangNya.

Menurut Fudhail bin Iyad, kemuncak cinta kepada Allah SWT apabila lihat apa yang Allah SWT beri dan tidak beri adalah baik kepada diri seseorang. 

Kekuatan mencintai Allah SWT dibina dengan keyakinan. Kejadian manusia menunjukkan tanda cintaNya kepada kita.

Anas bin Malik berkata semua sahabat gembira apabila Rasulullah SAW kata di akhirat akan dikumpulkan bersama dengan mereka sayang kerana Rasulullah SAW adalah insan yang amat mereka sayangi.

Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dapat dibuktikan dengan patuh segala arahan dan meninggalkan segala larangan yang telah diwahyukan atau yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW.

Tangga cinta Allah SWT: 
1. Mengikut jalan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. 
2. Jaga segala larangan Allah SWT. 
3. Laksanakan segala suruhan. 
4. Menjaga perkara sunat seperti menjaga perkara wajib. 
5. Beradab dengan Allah SWT. 
6. Sentiasa zikir kepada Allah SWT.
7. Tidak berdoa melaikan banyak berdoa kepada Allah SWT. 
8. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. 
9. Bertawakal kepada Allah SWT. 
10. Bersangka baik kepada Allah SWT. 
11. Redha dengan apa yang berlaku. 
12. Sabar dengan apa yang berlaku.

Rabiatul Ardawiyyah tidak pernah larang orang berkahwin. 

Cinta terbaik ialah cinta Rasulullah SAW. Itu ikutan utama setiap makhluk. 

Setiap suruhan disebabkan: 
1. Zat (sedia maklum seperti solat). 
2. Bersebab (seperti menjawab salam).

Akan ada yang dihukum dalam kubur sebab tidak membantu orang yang dizalimi meskipun dia telah buat segala arahan yang diperintahkan. 

Luqmanul Hakim hidup pada zaman Nabi Daud. Dia menjadi rujukan sebelum Nabi Daud A.S diangkat menjadi Rasul. Nabi Daud berkahwin dengan anak Talut.

Selepas Nabi Daud naik menjadi Rasul, Luqmanul Hakim bersyukur kerana tanggungjwbnya menjadi rujukan telah bertukar kepada Nabi Daud. 

Beradab dengan Allah SWT umpama tuan rumah (kita) angkat makanan kepada tetamu. Boleh dilihat macam mana reaksi tuan rumah, adakah suka atau tidak.

Fudhail bin Iyad tidak buat kelas sendiri kerana sudah ada orang lain buat kelas. 

Beradab dengan Allah SWT dapat dilihat dengan bagaimana keseronokan seseorang apabila hendak melakukan ibadat. 

Allah SWT murka kepada hambaNya yang tidak berdoa kepadaNya. Rasulullah SAW banyak mewarisi doa kepada kita agar kita perbanyakkan doa kepada Allah SWT.

Setiap ujian Allah SWT mengandungi banyak nikmat namun ramai tak melihatnya melainkan melihat sedikit kekurangan yang hilang. 

Apabila seorang benar-benar cinta kepada Allah SWT, dia akan dikurniakan benda yang tidak boleh dicerita kepada orang lain kerana mereka tidak akan faham.

Orang yang tidak cinta Allah SWT akan lebih cepat sempit dada dan cepat berputus asa dengan ujian.

No comments: