Friday, May 21, 2021

Dialog 3 Penjuru yang gagal


Saya difahamkan program Dialog Tiga Penjuru: ‘Di Sebalik Senyuman Hamza’ yang dianjurkan oleh Astro Awani berlangsung dengan tidak profesional.

Program yang dihostkan oleh Nazri Kahar melibatkan 3 panelis iaitu Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Afifi dan Tun Mahathir.

Program ini dilihat lebih hendak mengetengahkan Tun Mahathir dengan tidak limitkan masa dan diberi lebih pusingan untuk berucap.

Tuan Guru Presiden hanya diberi peluang untuk berucap seminit sahaja dan dalam masa sama moderator memotong percakapan Tuan Guru.


Jika dibaca dalam komen-komen di page Astro Awani juga dapat dilihat betapa ramai tak berpuas hati dengan dialog ini dan penulisan tidak profesional dialog ini turut ditulis oleh Dr Kamarul Yusoff.

Usaha ini seolah-olah hendak menenggelamkan Tuan Guru yang diketahui seluruh rakyat Malaysia hari ini individu yang konsisten memperjuangkan rakyat Palestin dari dahulu lagi.

Pelancaran #Aid4Palestine yang dilancarkan oleh Tuan Guru baru-baru ini mendapat view sehingga 14 ribu dan disertai pelbagai lapisan agama.

Kutipan yang dilakukan juga sudah melebihi target asal iaitu RM1 juta dan kini target tersebut ditingkatkan ke RM10 juta kerana sambutan luar biasa daripada banyak pihak.

Sekiranya masih ada pihak hendak tenggelamkan perjuangan Tuan Guru di peringkat antarabangsa maka dicadangkan lupakan sahaja hasrat tersebut.

Banyak tulisan-tulisan Tuan Guru berkaitan Palestin dapat kita peroleh daripada laman web harakahdaily yang dapat menunjukkan betapa istiqamahnya Tuan Guru dalam perjuangan ini.

''Janji Allah SWT bahawa cahaya Islam itu tidak akan dapat dipadamkan oleh musuhnya telah mencetuskan kebangkitan semula umat Islam, sebagaimana firman-Nya:

﴿يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ٨﴾

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah al-Saff: 8)''

Israel dan pelindungnya dua wajah yang sama
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
20 Mei 2021

Semoga Tuan Guru terus dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dalam memandu umat Islam menegakkan kembali Islam pada hari ini.

#setiapkejadianberhikmah 
#rijaldaulah

No comments: