Thursday, July 15, 2021

''Serahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah SWT''



Majlis 13 Utama Akhirat Dari Dunia
''Serahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah SWT'' (m.s 135)

Intisari
Kuliah subuh Ustaz Mat Esa Deraman
15 Julai 2021

Kesibukan manusia: 
1. Mencari afiat. 
2. Mencari kekayaan. 
3. Mencari ubat. 

Antara benda yang banyak dibazirkan masa ialah mencari afiat, yang disangka perkara ini dapat memanjangkan umur. Ada org sibuk mencari ubat sehingga sanggup langgar syariat dan akidah.

Ada yang terlalu mencari kebendaan sehingga lupa kepada Allah SWT. Ada yang sakit dikurniakan kesembuhan dan terlalu gembira sehingga lupa bahawa kematian akan hadir. 


Manusia terlalu bergantung kepada manusia sekiranya terlalu mengejar kekayaan, kesihatan, kesembuhan.

Rasulullah SAW mengajar ummu habibah (Ramlah binti Abi Sufian) bahawa doa untuk keselamatan akhirat lebih utama daripada mendoakan perkara yang telah ditentukan seperti umur, rezeki dan bahagia. 

Kebiasaan manusia akan lebih meluangkan masa bersama manusia, kenal manusia daripada mengenal Allah SWT.

Apabila selalu menjauhi Allah 
SWT ketika senang, di kala susah apabila minta tolong kepada Allah SWT, dia tidak akan terus dibantu. Dibiarkan sehingga hatinya bulat kepada Allah SWT dahulu. Itu hukuman Allah. 

Kenali Allah SWT di waktu senang, Allah SWT akan kenali kita di waktu susah.

Dalam Al-Quran melarang anak-anak daripada bosan kepada ibubapa. Tindakan ini adalah satu penderhakaan. 

Apabila bergantung dengan Allah SWT maka dunia akan datang dengan hina kepada kita. Jika bergantung kepada Allah SWT, hatinya sentiasa cukup (qanaah) dengan setiap pemberian yang diterima meskipun sikit.

Allah 
SWT kurniakan kelapangan dan keberkatan kepada mereka yang bergantung kepadaNya. 

Abu Hurairah dikurniakan umur yang panjang dan keberkatan sehingga dapat lihat cucunya meninggal sebab tua. 

Segala ketauhidan, makrifat, ketaqwaan, kebaikan yang sebenar berada pada hati umpama akar pokok.

Guna akal untuk fikirkan dunia dan akhirat. 

Ramai kata hendak berjalan menuju Allah SWT tapi hakikatnya tidak ikut jalan yang sudah disediakan oleh Allah SWT. Hanya zahir ingat Allah SWT, namun batinnya menjauhi Allah SWT

Tidak banyak orang dapat berikan manfaat untuk akhirat. Mereka hanya akan datang apabila kita dekatkan diri dengan Allah SWT.

Perlu sentiasa bertaubat. Orang yang dalam hatinya tiada cinta Allah, setiap musibah meskipun kecil menjadi satu penyeksaan kepadanya.

Belajar cinta kepada Allah, sekiranya tiada cinta tersebut, berdoalah agar memperolehnya.

No comments: