Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian
Marilah kita mendengar dan memahami peringatan daripada Allah SWT:
(Maksudnya): dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaannya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya).
Itulah dia kesimpulan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang dilantik oleh Allah SWT. Semua perkara yang diperintah oleh Allah SWT disampaikan dengan penuh amanah. Semuanya membawa kebaikan kepada manusia di dunia dan akhirat. Semua yang dilarang menyebabkan keburukan di dunia dan keburukan di hari akhirat.
Hari ini terdedah kepada kita betapa kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di dalam kehidupan manusia di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri yang mengaku diri mereka sebagai orang-orang Islam, tetapi tidak menunaikan perintah Allah SWT supaya menerima dengan penuh amanah dan beramal dengan petunjuk dan amalan yang dibawa oleh Nabi SAW.
Malangnya mereka meninggalkan ajaran itu. Apa yang dilarang diamal dan dilakukan mengikut petunjuk-petunjuk yang lain yang dibawa oleh Nabi kesayangan mereka sendiri. Apa yang berlaku di dalam dunia hari ini adalah amaran yang keras daripada Allah SWT.
(Maksudnya): Demi masa. Sesunguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
No comments:
Post a Comment