Si suami mencari kerja dan berjumpa dengan seorang majikan yang baik. Si suami ini membuat perjanjian agar gajinya dikumpulkan sehingga dia hendak satu hari nanti dan dia bebas hendak berhenti bila-bila masa sahaja. Majikan tersebut bersetuju dan si suami ini pun bekerja bertahun-tahun lamanya.
Apabila sampai satu masa, si suami sudah mula rindu hendak pulang. Dikatakan dalam 20 tahun juga dia berpisah dengan isterinya. Dia bertemu dengan majikannya dan menyatakan hasrat untuk dia berhenti. Majikan tersebut bersetuju dan memberi dia 2 pilihan antara mengambil gaji penuhnya atau mendengar nasihat tanpa mengambil gajinya.
Si suami balik berfikir sehabis-habisnya. Keesokannya ketika bertemu majikannya, si suami menyatakan hasratnya untuk dengar nasihat. Majikan tersebut memberi 3 nasihat kepadanya:
- Jangan pilih jalan pintas
- Jangan campur urusan orang lain
- Jangan hukum dan buat keputusan ketika marah.
Ketika tiba di satu jalan, ada seorang berjumpa si suami ini dan bertanya jalan yang hendak ditujunya. Setelah mendengar jalan yang hendak ditujunya, lelaki ini memberi cadangan kepada si suami ini mengambil jalan pintas yang dicadangnya.
Pada awalnya si suami ikut jalan tersebut memandangkan sudah terlalu lama tidak berjumpa isterinya tetapi setelah mengingati nasihat yang diterimanya, dia berpatah balik dan ikut jalan biasa.
Setelah tiba di satu tempat berehat, ada orang di tempat rehat tersebut bertanya si suami dari mana. Si suami ini bercerita jalan-jalan yang dilaluinya. Orang tersebut berkata si suami ini bernasib baik tidak mengambil jalan pintas kerana mereka yang mengambil jalan tersebut baru dibunuh.
Si suami berhenti untuk bermalam di satu tempat yang dilaluinya. Setelah mendapat tempat untuk bermalam dia tinggal di biliknya. Pada malam tersebut dia mendengar pertengkaran berlaku. Dia bercadang untuk keluar melihat apa yang berlaku tetapi mengingati nasihat tersebut dan masuk ke biliknya kembali dan tidur.
Keesokannya tuan tempat dia bermalam terkejut dia masih hidup. Si suami bertanya kenapa dia terkejut, dia menceritakan penghuni sebelum-sebelum ini kesemuanya meninggal kerana pada malam mereka menginap mereka dibunuh oleh orang gila yang sengaja membuat kecoh di hadapan tempat menginap tersebut. Si suami meneruskan perjalanannya.
Apabila dia sampai berhampiran dengan rumahnya, dia melihat isterinya begitu mesra denga seorang lelaki. Si suami begitu marah dan ingin membunuh lelaki tersebut. Disebabkan dia mengingati nasihat yang diterimanya, dia bermalam di tempat lain dahulu sebelum pulang berjumpa isterinya.
Keesokannya si suami pulang ke rumah. Isterinya begitu gembira. Si suami terus bertanya siapa lelaki yang begitu mesra dengannya semalam. Si isteri menceritakan itulah anak mereka. Ketika si suami hendak berpisah, si isteri sedang mengandung. Kini yang dijumpainya itu ialah anak mereka yang tidak pernah si suami lihat.
Si suami begitu gembira. Dia mengeluarkan sebuku roti yang tinggal dan dia katakana ini sahaja yang dia dapat daripada majikannya. Setelah mereka mengoyak roti tersebut dilihat ada satu beg duit yang begitu banyak dan sekeping nota di dalamnya.
Pada nota tersebut ditulis inilah gaji sepanjang si suami bekerja dengan majikan tersebut. Tujuan majikan tersebut berbuat sebegini untuk memastikan si suami selamat pulang tanpa berasa susah hati dengan jumlah wang yang banyak di tangannya.
Wing 0: Diceritakan oleh SS Ustaz Zulkifli Muhamad Al Bakri pada kuliah 30 Januari 2016.
Twitter: Farhan_Yusri
No comments:
Post a Comment