Monday, June 6, 2016

Tafsir surah Al-Qaariah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 12 Febuari 2016


(101:1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(101:2) Hari yang menggemparkan,
(101:3) Apa dia hari yang menggemparkan itu?
(101:4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
(101:5) (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
(101:6) Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
(101:7) Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,
(101:8) Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
(101:9) Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,
(101:10) Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
(101:11) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
(101:12) (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.


Terjemahan diambil daripada http://www.surah.my/

Surah Al-Qaariah beerti Hari menggemparkan. Salah satu nama hari qiamat; hari menggemparkan atau huru-hara. Surah ini ialah surah makkiyah yang ditumpukan kepada beriman dengan hari akhirat.

Hari kiamat ialah hari yang amat dahsyat untuk seluruh alam, bukan kepada manusia sahaja. Antara kepercayaan saintis barat apabila hendak berlaku kiamat, bintang akan melanggar bumi. Mereka hendak mencipta roket untuk menghancurkannya tetapi mereka mengakui yang mereka tidak mampu menciptanya.

Manusia bertebangan umpama kalkatu yang ditiup angin kencang. Bukit, bulan, bintang dan sebagainya akan berlanggar antara satu sama lain hingga menjadi debu. Hanya tinggal Allah SWT selepas itu yang menunjukkan kekuasaanNya.

Barangsiapa yang yang timbangan amal baiknya berat maka syurgalah tempatnya. Tempat yang penuh nikmat yang penuh dengan keredhaan.

Terdapat banyak hadith yang menceritakan tentang perbuatan yang memberatkan amal baik kita. Antaranya; 2 Kalimah yang ringan di lidah tapi berat pada timbangan di hari akhirat ialah subhanAllahi wa bi hamdihi subhanAllahil azim.

Jika amal kebaikan ringan maka tempatnya di neraka hawiyyah. Api yang sangat membakar. Api dalam dunia ini adalah satu juzuk daripada 70 juzuk api neraka. Seringan-ringan seksaan api neraka ialah apabila berdiri di atas baraan api dan otak akan menggelegak otak umpama air dalam periuk.

No comments: