Wednesday, February 10, 2016

Kuliah bulanan Tuan Guru Haji Salleh 7 Febuari 2016

 
Orang yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW ialah orang yang kedekut.
 
Pada suatu ketika, orang Badawi hadir ke majlis Rasulullah SAW. Dia melangkah penuntut dalam majlis tersebut dan terus ke arah Baginda. Dia bertanya kepada Baginda;
 
"Bila akan berlakunya qiamat?"
 
Rasulullah bertanya kepadanya; 
 
"Apakah persediaan anda untuk menghadapi qiamat?"
 
Arab badawi berkata yang dia baru seminggu sahaja memeluk Islam. Dia tidak reti beribadah lagi, dia hanya mencintai Baginda Rasulullah SAW.
 
Rasulullah SAW berkata;
 
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dia kasihi di akhirat kelak."
 
Orang yang buta hati di dunia, di akhirat kelak dia akan lebih buta. Buta hati ialah orang yang tidak nampak dan tidak dapat membezakan antara kebaikan dan kejahatan.
 
3 Penting dalam kehidupan:
  1. Mengenal tuhan yang menjadikan kita.
  2. Mengetahui manfaat atau mudharat perkara atau sesuatu yang kita lakukan.
  3. Menyedari yang kita akan mati dan akan dibangkitkan di akhirat kelak.
InsyaAllah dengan mengingati 3 perkara ini akan bantu kita agar tak sesat di dunia ini.
 
Berhimpun mempelajari ilmu-ilmu agama di masjid-masjid dan surau-surau adalah satu usaha menegakkan syiar Islam.

Bersambung dalam post sirah kelahiran Rasulullah SAW.

Twitter: Farhan_Yusri

No comments: