Monday, February 1, 2016

Kandungan khutbah Jumaat TGHH 29 Januari 2016


Allah SWT tidak memberi hidayat kepada orang yang zalim. Mereka dilaknat dan tidak diringankan azab serta tiada rahmat dan keampunan.

Meskipun orang Yahudi berilmu dan pintar namun mereka tidak diberi hidayah kerana mengkufuri kenabian Rasulullah SAW.

Saidina Umar pernah memohon kepada Rasulullah SAW menulis cerita-cerita daripada ahli kitab tetapi dimarahi Baginda kerana Al-Quran sudah ada dan lengkap.

Allah SWT telah menunjukkan cara menguruskan dunia yang dapat peroleh keberkatan di dunia dan akhirat dengan menggunakan Al-Quran.

Segala yang bertentangan dengan Islam mendapat kecelakaan di dunia dan akhirat.

Twitter: Farhan_Yusri

No comments: