Saturday, August 9, 2008

Di Bulan Sya'ban

Sudah masuk 8 Sya'ban ketika artikel ini ditulis. Makin banyak aktiviti, perkara dan kejadian berlaku di bulan ini. Perkara-perkara yang menyebabkan banyak manusia leka dengan kehidupan tanpa menyedari Rejab sudah berlalu dan Ramadhan kian tiba. Benarlah apa yang disabda Baginda SAW;

Sya'ban adalah bulan yang dilalaikannya oleh manusia, ia berada di antara rejab dan Ramadhan

Bulan dikala Nabi Muhammad SAW paling banyak berpuasa selain bulan Ramadhan. Bulan yang diangkat segala amalan seperti yang diriwayatkan oleh Imam An-Nasai, Daripada Osamah bin Zaid berkata

Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan daripada bulan-bulan sepertimana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Bersabda nabi: ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya. Dia berada diantara rejab dan ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat padanya segala amalan kepada tuhan yang mentadbir alam. Dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa

08/08/08
Kenapa olimpik dimulakan pada 08/08/08? Kenapa perlu peningkan JAIS pada tarikh tersebut sehingga seorang kadi perlu nikahkan 26 pasangan pada tarikh tersebut? Apakah keistimewaan pada tarikh tersebut? Saya tidak tahu dan tidak percaya tentang keistimewaan tarikh seperti itu. Mungkin mudah bagi sesetengah ingin mengabadikan tarikh tersebut dalam kenangan. Kenapa tidak diabadikan tarikh 6 Sya'ban dalam kenangan? Terdetik di hati, sehingga mana kita menolak apa yang dibawa oleh Yahudi dan Nasrani sedangkan kalendar pun kita terikut dengan agama mereka?

Pilihanraya Permatang Pauh
Ramai yang ternanti-nantikan 16 September 2008, tarikh yang dikatakan akan wujud 'Malaysia Baru' dengan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerjaan daripada KERAjaan Barisan Nasional. Dato' Seri Anwar Ibrahim dikatakan bakal Perdana Menteri yang baru pada ketika itu. Titik tolak kepada peristiwa tersebut akan bermula dengan pilihanraya Permatang Pauh yang diadakan kurang seminggu daripada bulan Ramadhan. Ada yang sudah mula memikirkan 'nak apa' atau 'jawatan apa' jika DSAI berjaya menjadi PM. Tidak kurang juga ada yang telah memikirkan 'menteri apa' yang patut dituntut selepas kewujudan Malaysia Baru ini (kalau wujud la). Tumpuan ditumpukan sepenuhnya untuk menjayakan DSAI pada pilihanraya ini. Di mana letaknya bulan Sya'ban ketika ini?

Avril Lavigne
Dikala detik yang hampir-hampir masuk bulan yang mulia, muda-mudi Malaysia bakal dihidangkan dengan kepuasan nafsu yang dapat menghilangkan selera menyambut kedatangan Ramadhan. Tak tau la pula kalau orang-orang tua nak join sekali. Tapi itulah, 29 Ogos 2008. Tarikh konsert Avril Lavigne yang dijemput khas sempena Hari Kemerdekaan ke-51. Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengekalkan pemimpin negara yang memenuhi skop hadith di atas. Entah la apa yang nak dibawa. Nak kata semangat kebangsaan tak tau la pulak kalau Avril Lavigne kenal Tok Janggut. Nak kata bawa ruh Ramadhan.....?

Kematian
Perkataan yang mungkin menakutkan. Tapi itulah yang perlu dilalui seorang hamba. Pada hari Isnin lalu, saya menerima khabar kematian seorang kakak labmate saya. Masih muda. Meninggal pada Jumaat minggu lepas. Pada hari Selasa, ketika ke Masjid Mardi untuk menunaikan Solat Zohor, ramai orang sedang menanti di masjid tersebut. Rupa-rupanya ada kematian pada hari tersebut di sana. Selepas menunaikan solat ba'diah ahli jemaah bersama-sama menunaikan solat jenazah. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka. Al-Fatihah

Life goes on
Walau apa pun yang berlaku, pastikan Islam dan iman sentiasa diiringi. Hidup sentiasa diiringi halangan. Bak kata Ustaz Taib Azamuddin yang dipetik daripada hadith Rasulullah SAW, sesungguhnya orang yang paling banyak menerima ujian dan cabaran adalah golongan Nabi dan Rasul. Kemudian adalah golongan ulama' dan diikuti oleh golongan orang-orang yang soleh. Maka selepas golongan itu tiada lagi ujian dan cabaran kerana apa yang dilakukan mereka tidak tergolong dalam ibadah. Semoga Sya'ban ini dapat mendidik kita supaya lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran.

Wing 0: Ambil yang baik, buang yang tak baik

2 comments:

MS Rizal said...

Salam Syaaban Sahabat...Moga Allah menetapkan imanmu..doakan untuk ana juga.

Farhan Yusri said...

InsyaAllah, semoga-sama berada dalam keredhaanNya