Wednesday, January 27, 2016

Kandungan khutbah Jumaat TGHH 22 Januari 2016


Ciri-ciri orang bertaqwa; rujuk Al-Baqarah 1-5.

Mereka yang bertaqwa berhak mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

Kita sentiasa memohon ditunjuk jalan yang benar dalam solat. Betapa mencabarnya cabaran hidup di dunia, sebab itu sentiasa memohon petunjuk sepanjang masa.

Kita akan dikumpulkan di akhirat dan perlu bertanggunjawab terhadap apa yang telah kita lakukan di dunia.

Segala kehidupan kita daripada mengurus diri hingga mengurus negara di peringkat antarabangsa perlu mendapat petunjuk Allah SWT.

Kegagalan mengikut apa yang Allah SWT perintahkan dan mendapat petunjuk Allah SWT umpama berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas.

Negara-negara yang menggunakan peraturan sendiri tanpa mempedulikan perintah Allah SWT hidup berpandukan hawa nafsu, lebih hina drp haiwan.

Twitter: Farhan_Yusri

No comments: