Monday, May 25, 2015

Kasihnya Nabi SAW kepada Jaafar bin Abi Talib dan ahli keluarganya

Menjadi kebiasaan kepada Nabi SAW Muhammad selepas balik daripada musafir, Baginda SAW akan mencari cucu-cucunya, Hassan dan Hussein. Pada satu ketika, Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib berjumpa dengan Baginda SAW dahulu apabila Baginda SAW hendak berjumpa dengan cucu-cucunya. Baginda SAW mengangkat Abdullah bin Jaafar dan meletakkannya di hadapan Baginda. 

Ketika Baginda SAW meneruskan perjalanan ke rumah Fatimah RA, datang kedua-dua cucu Baginda untuk menyambut Baginda SAW. Baginda mengangkat cucu-cucnyanya itu dan Baginda letakkan mereka di belakang Baginda dan membiarkan Abdullah bin Jaafar terus duduk di hadapan Baginda SAW. 

Sifat mulia Nabi Muhammad SAW yang mengasihi sahabat serta anak-anak sahabat dan cucu-cucu sahabat diikuti oleh para sahabat Baginda SAW.



Syahidnya sepupu Nabi; Jaafar bin Abi Talib.
Pada hari Jaafar bin Abi Talib meninggal di dalam perang mukhtah, Jaafar meninggal dengan keadaan dua tangannya ditetak. Nabi SAW telah menggelarnya Jaafar At-Toihah (Yang mempunyai dua sayap) kerana tangannya akan digantikan oleh 2 sayap di syurga kelak. Kesan tetakan tombak dan pedang tidak kurang 50 tetakan sehinggakan tiada isi pada belakangnya.

No comments: