Tuesday, May 26, 2015
Uthamah bin Zaid; ketua angkatan perang
Pada satu ketika Nabi Muhammad SAW mengutuskan satu angkatan perang untuk pergi berperang. Nabi Muhammad SAW telah melantik Uthamah bin Zaid bin Harithah sebagai panglima perang. Pemilihan tersebut mendapat cemuhan daripada ramai orang dalam ahli perang tersebut. Mereka meragui kepimpinan Uthamah bin Zaid.
Berita ini sampai ke pendengaran Nabi SAW. Lalu Baginda SAW berkata;
"Sekiranya kamu mencemuh Uthamah, samalah seperti kamu mencemuh bapanya (Zaid).
Demi Allah SWT, dia layak berada di tempat yang aku bagi.
Kamu bukan tidak tahu bapanya kesayangan aku. Oleh kerana bapanya kesayangan aku, dia juga kesayangan aku."
Inilah salah satu peribadi Nabi Muhammad SAW. Apabila Baginda SAW ingin memilih seseorang, Baginda akan lihat dari semua aspek dahulu, dan apabila Baginda sudah menetapkan seseuatu keputusan, Baginda akan berpegang teguh kepada keputusan tersebut dan akan membela mereka yang dipilih Baginda SAW sekiranya ada penentangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment