Friday, May 22, 2015

Kandungan khutbah Jumaat TGHH 15 Mei 2015


Di malam Isra' dan mikraj, di Masjidil Aqsa, semua Rasul-rasul dan Nabi-nabi bertemu dengan Rasulullah SAW dan Baginda Nabi SAW mengimami mereka menanda kesatuan agama. Semua nabi-nabi dan rasul-rasul menganut Islam kerana inilah satu-satunya deen yang diterima Allah SWT.

Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama umat Islam pada suatu ketika dahulu. Pada masa kini, zionis, pembunuh nabi-nabi dan rasul-rasul telah menakluk Baitul Maqdis. Patut dijadikan muhasabah umat Islam kenapa ditimpa bala ini.

Saidina Umar pernah menegaskan ketika melawat Baitul Maqdis, kita dimuliakan kerana Islam. Jika kita mencari selain Islam, kita dihina. Jika berpaling daripada menegakkan Islam, Allah SWT menggantikan kaum tersebut dengan kaum yang lain.



Bani Israel pada satu ketika dahulu tidak mahu mengikut perintah Allah SWT akan dihalau daripada Baitul Maqdis. Semua umat yang tidak mahu mengikut apa yang diperintahkanNya akan keluarkan daripada Baitul Maqdis. 

Kejadian sama berlaku ketikamana Kristian menakluk Baitul Maqdis daripada umat Islam. Pada ketika itu umat Islam meninggalkan ajaran yang diperintahkan Allah SWT. Akhirnya Baitul Maqdis dibebaskan semula setelah hampir seratus tahun yang diketuai oleh Salahuddin Al-Ayyubi. 

Perjuangan disebabkan kaum Arab menyebabkan Baitul Maqdis ditakluki semula oleh Yahudi. Yahudi hendak meruntuhkan Masidil Aqsa dan digantikan dengan kuil haikal Sulaiman yang kononnya sebagai simbol menakluki dunia sepertimana zaman Nabi Sulaiman dahulu. 

Walau bagaimanapun, Nabi SAW berpesan akan tetap ada kumpulan yang sentiasa berjuang menegakkan agama Allah SWT meskipun sering dikecewakan. Mereka ialah penduduk baitul Maqdis dan penduduk keliling Baitul Maqdis.

Perjuangan mereka mereka bukan sahaja tidak dapat dijatuhkan, hatta membawa ke arah kemenangan Islam. Kejayaan Islam hanya akan datang apabila umat Islam berpegang dengan Islam sepenuhnya. Bukan melalui fahaman atau sifat kebangsaan atau berpuak.

Kejayaan puak yahudi sekarang hanya untuk dikuburkan oleh orang-orang Islam seperti diceritakan dalam hadith Nabi SAW sehingga mereka menyorok di belakang pokok Yahudi.

No comments: