Friday, February 20, 2015

Kisah emas dan para sahabat

Abu Said Al-Khudri menceritakan;

Pada suatu ketika Saidina Ali R.A mengirim satu bungkusan yang mengandungi emas daripada Yaman kepada Nabi Muhammad S.A.W. Selepas menerima emas tersebut, Baginda S.A.W membahagikan emas tersebut kepada 4 orang. Mereka ialah:

  1. Uyainah bin Hisn
  2. Al-Aqra' bin Habis
  3. Zaid al-khair
  4. Keempat Abu Said Al-Khudri tidak pasti; antara Al-Qamah bin Khulasah atau Amil At-Tufail

Keempat-empat mereka ialah pemimpin bagi puak-puak mereka. 

Tindakan Baginda S.A.W menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada sahabat Nabi di kalangan Muhajirin dan Ansar. Mereka merasakan mereka lebih layak menerimanya daripada keempat-empat orang yang Nabi S.A.W berikan emas tadi.

Rungutan mereka in sampai ke telingan Nabi S.A.W lalu Baginda memanggil mereka semua.


Nabi Muhammad S.A.W berkata;

"Kenapa kamu semua tidak percaya kepada aku?" 

"Sedangkan aku dipercayai oleh penghuni langit."

"Datang kepadaku berita dari langit  di waktu pagi dan petang." 

"Bagaimana kamu semua tidak percaya kepadaku?"

Semua sahabat terdiam. Kemuadian bangun seorang lelaki. Lelaki ini disifatkan mempunyai biji mata yang cengkung masuk ke dalam, kedua pipinya kempis, dahi tinggi, Janggut tebal, berambut pendek dan memakai kain singkat. Dia berkata;

"Ya Rasulullah, takutlah kamu kepada Allah (Ittaqilla)"

Nabi melihatnya lalu berkata kepadanya;

"Celaka kamu..."

"Bukankah aku ini penduduk bumi yang paling bertaqwa kepada Allah?"

Lelaki tersebut pusing lalu beredar.

Khalid Al-Walid yang ada di situ pada ketika itu menawar diri untuk memancung lelaki tersebut namun dihalang oleh Nabi S.A.W. Nabi berkata orang itu mungkin orang yang solat. 

Khalid Al-Walid masih tak puas hati. Dia berkata kepada Baginda; 

"Berapa banyak orang yang solat tetapi solat mereka tidak sampai ke hati."

Rasulullah S.A.W berkata;

"Aku tidak pernah disuruh oleh Allah SWT untuk sakitkan hati orang. Apatah lagi hendak menikam perutnya"

"Untuk pengetahuan kamu, pada masa hadapan, daripada benih orang sebegitulah akan datang kumpulan manusia yang mulut mereka basa dengan Al-Quran, tetapi Al-Quran itu hanya sekadar di rengkung mereka sahaja, tidak daripada hati. Bahkan mereka boleh keluar daripada agama sepertimana panah keluar daripada busur panah."

Kisah daripada hadis riwayat Muslim

No comments: