Ilmu tassawuf ialah pengetahuan yang diketahuinya akannya kedudukan hati. Ilmu yang membincangkan tentang hati manusia samada hati kita bersifat dengan sifat terpuji atau sebaliknya.
Ilmu ini tidak diistilahkan pada zaman Rasulullah SAW. Ibnu khldun berkata istilah ilmu ini datang kemudian. Juga dikenali sebagai lmu akhlak, ilmu adab, ilmu suluk dan sebagainya.
Faedah mempelajari ilmu tassawuf ini dapat mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah SWT dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam. Dalam kata lain membuang sifat buruk dan menggantikan dengan sifat terpuji. Dengan ini baru kita dapat melihat kebesaran Allah SWT.
Tajuk yang dibincangkan dalam tassawuf ini ialah hati manusia. Hukum mempelajari ini ialah fardhu ain kepada setiap mukallaf. Sumber ilmu ini adalah daripada Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW.
Tujuan mempelajari ilmu tassawuf ini ialah untuk membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji supaya ada ia menyampai kepada membersihkan hati daripada sifat kecelakaan.
Imam Syafie berkata apabila melihat orang terbang atau berjalan atas air, jangan dilihat kepada terbangnya dia atau berjalannya dia, lihatlah kepada perlaksanaannya terhadap syariat Allah SWT.
Bagi anggota zahir manusia ada 7 perkara:
- Mata
- Telinga
- Lidah
- Perut
- Faraj
- Kedua tangan
- Kedua kaki
Kita diberi nikmat yang besar iaitu segala anggota kita yang wajib kepada kita memeliharanya dan mensyukuri nikmatnya. Jika tidak, kita dikategorikan sebagai orang yang tidak beradab dengan Allah SWT. Sekiranya kita tidak memeliharanya daripada kejahatan di akhirat akan menjadi saksi terhadap apa yang kita lakukan (kecuali lidah).
Cara hendak mengelak anggota kita daripada menjadi saksi kepada kejahatan yang kita lakukan ialah dengan mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan sama sekali.
No comments:
Post a Comment