Friday, April 18, 2014

Penawar Bagi Hati: Pengenalan

Oleh Dr. Abdul Basit


 


Penyakit zahir semakin banyak, begitu juga dengan penyakit hati. 

Kitab Penawar Bagi Hati ini ditulis oleh Syeikh Abdul Qader bin Abdul Mutalib bin Hassan Al-Mandili Al-Indonisi. Beliau dilahirkan pada tahun 1910 dalam keluarga Patani.

Pengenalan Penulis:
Mendapat pendidikan awal pada 1917 di sekolah Belanda. Antara tempat dipelajari di Kedah. Pada 1936 bertolak ke Mekah dan menuntut ilmu di sana. Diberi ijazah mengajar di Masjidil Haram selama 25 tahun.


Beliau ialah seorang yang suka menulis dan pemikiran ke hadapan. Sepanjang berada di Mekah, beliau mengarang 24 buah karya dalam bahasa Melayu dan Arab meliputi Usuluddin, Feqah, politik, pendidikan dan akhlak.

Pada tahun 1962 mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk politik dan loteri berkisar pada zaman itu yang ingin menghalalkan loteri untuk kebajikan termasuk membina masjid.

Buku lain ditulis pada tahun 1961 ialah kebagusan undang-undang Islam dan kecelaan undang-undang ciptaan manusia. Beliau cuba menjelaskan kebagusan undang-undang Islam kepada orang Melayu.

*Boleh tengok lagi kitab-kitab yang disebut dalam video. Bagi penuntut pondok semestinya tahu kitab-kitab yang disebut.

Terlibat dengan gerakan Islam. Mengajak anak murid-muridnya menolak kefahaman Nasionalisme. Mengajak orang Melayu menentang penjajah dan sistem-sistem penjajah. Menjadi ketua Cawangan Mekah Parti Islam SeMalaysia (PAS) sehingga beliau meninggal pada tahun 1965.


Bab Muqaddimah Kitab:
Makhluk yang ada taklif untuk beribadah kepada Allah SWT ialah Jin dan Manusia (Ad-Dzriyyat: 56). Setiap soalan (atas apa yang kita lakukan di dunia) untuk hari akhirat perlu ada dan jawapan tersebut perlu betul. 

Ramai suka berfalsafah pada zaman ini kebanyakkannya cara berfikir tak betul. Contohnya:

"Saya tak sembahyang tapi hati saya baik".

Kitab ini ialah permulaan ilmu tassawuf iaitu pengetahuan yang diketahui dengannya pengetahuan hati sama ada perbuatan baik atau buruk. Juga dinamakan ilmu akhlak, ilmu adab, atau ilmu penyucian jiwa.

Kata Sheikul Islam, Zakaria Al-Ansari; Ilmu yang membincangkan keadaan pembersihan jiwa, memurnikan akhlak, mendirikan akhlak-akhlak mulia secara zahir dan batin, untuk mencapai kemuliaan abadi. 

Abdul Rahman Ibnu Khaldun berkata; tassawuf itu ilmu yang baru dalam Islam. Asalnya sudah ada, yang bermaksud orang yang beribadat dan memutus hubungan dengan dunia. Pada kurun ke-2 masyarakat kurang memikirkan hal akhirat manakala orang beribadah lebih menumpu kepada sufi. 

Bersambung...

No comments: