Tuesday, April 15, 2014

Hadith 40: Hadith ke-27; Akhlak yang baik dan buruk

Oleh Ustaz Zainul Asri





عَنْ النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ. [رَوَاهُ مُسْلِم] .
وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : جِئْتَ تَسْألُ عَنِ الْبِرِّ قُلْتُ : نَعَمْ، قَالَ : اِسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ [حديث حسن رويناه في مسندي الإمامين أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن]

Terjemah hadith/ترجمة الحديث :

Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam beliau bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa menganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “ Riwayat Muslim.

Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda: Engkau datang untuk menanyakan kebaikan? Saya menjawab: Ya. Beliau bersabda: Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya. (Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan).


Dua perkara dibincangkan:
  1. Kebaikan
  2. Kejahatan

Asal kebaikan itu banyak dan bilangannya sebanyak sebilang-bilang nafas manusia (banyak). Jalan untuk sampai kepada Allah SWT juga banyak. Nabi SAW bersabda kebaikan itu perangai yang elok; bermaksud ibu kepada kebaikan ialah perangai.

Contoh hadith lain yang sama penerangannya; haji ialah arafah. Bermaksud teras haji ialah arafah.

Sebab Nabi SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia. Itulah jantung (sebab utama) Nabi SAW diutuskan. Nabi di Mekah lebih lama (13 tahun) untuk membentuk akhlak.

Mengikut para sahabat Nabi SAW, mereka diajar akhlak sebelum diajar Al-Quran. Dengan beradab akan peroleh keberkatan ilmu. Kalau tak mahu tulis ketika mengambil nota jangan letak pen atas buku. Apatah lagi barang-barang lain seperti jam dan sebagainya.

Imam Syafie mengadu masalah waqi' (keadaan) menghafal kepada gurunya dan gurunya berpesan agar menjauhi maksiat kerana ilmu itu cahaya, cahaya tidak akan sampai kepada orang maksiat.

Adab itu akhlak. Orang beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling sempurna akhlaknya. Orang yang berakhlak tinggi ialah orang yang mudah menahan marahnya dan mudah memaafkan orang. Mereka juga paling lembut dengan ahli keluarga mereka. 

Sahabat Nabi SAW bertanya tentang bagaimana mengenali ahli syurga di dunia, Nabi SAW bersabda mereka ialah lebih condong melakukan kebaikan daripada kejahatan (berakhlak).

Orang paling jahat ialah orang yang tidak peduli orang lain memperkatakan tentang kejahatan mereka. 

Firasat terletak pada kekuatan iman. Antara benda yang diajar kepada ulama' ialah ilmu nama. Ilmu ini membantu para ulama mengenali perkara baik dan buruk. Nama itu doa dan dengan nama tersebut menyebabkan seseorang itu menerima habuan. 

Dosa ialah perkara yang teragak-agak dalam diri kamu. 

Amalkan surah At-Taubah 128-129 sebelum tidur 11 kali. Membuang virus kepada diri dan download perkara baik kepada diri. Baca 41 kali bismillahillazi la yadhurru...selepas subuh atau sebelum tidur untuk penghadang. 

Bersambung...

No comments: