(Bermula ilmu tauhid itu) ibarat daripada perhimpunan barang yang diiktiqadkan dan dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripada dalilnya yang diyakinkan (dan bicara) ilmu ini pada zat Allah ta'ala daripada sekira2 barang yang wajib baginya dan mustahil atasnya dan barang yang harus baginya dan pada segala rasul demikian jua dan pada segala barang yang didatangkan dia oleh rasul seperti hari qiamat dan lainnya (dan faedah) ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung oleh yang mengetahuinya selama2 (dan agama itu) ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah Ta'ala bagi segala hambanya yang mukallaf atas lidah rasulnya yang membawa akan mereka itu kepada kebajikan yang kekal (dan) segala tanda agama empat (pertama) sah iktiqad iaitu jazam dengan barang yang diiktiqadkan dia oleh ahli sunnah (kedua) benar qasad iaitu (2) menunaikan ibadah dengan ikhlas (ketiga) menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang disuruh (keempat) ketiadaan melampaui sangkat iaitu meninggalkan segala yang dilarang (dan) melengkapi agama atas tiga perkara iaitu Islam dan Iman dan Ihsan (dan bermula Islam) itu mengikut dan menerima oleh zahir seseorang akan barang yang mendatangkan dengan dia oleh nabi SAW daripada segala barang yang diketahuikan daripada agama darurah ertinya dengan ketiadaan fikir dan bicara seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang dan dikehendaki dengan mengikut dan menerima itu mengaku lidah dengan barang yang tersebut itu dan tiada menolakkan dia dan jika tiada diamalkan dia sekalipun seperti meninggalkan ia akan sembahyang dan umpamanya selama2nya (dan segala rukun Islam itu) lima perkara (pertama) bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah dan ini rukun tertentu dengan orang kafir yang menghendaki masuk agama Islam (kedua) mendirikan sembahyang lima (ketiga) memberi zakat (keempat) puasa bulan Ramadhan (kelima) haji akan baitullah bagi mereka yang kuasa kepadanya akan jalan
Faridatul Faraid fi Ilmi Aqaid
16 September 09
Surau Kg Jawa
No comments:
Post a Comment