Wednesday, September 30, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu - Bahagian 3

Ketiga seorang yang menuntut ilmu maka dijadikan ilmunya itu sebab kepada membanyakkan harta dan kemegahan dan kebesaran dan kemuliaan dan dengan banyak orang yang mengikut dia dan supaya banyak orang kasih kepadanya dan supaya mudah dapat segala hajatnya padahal mereka itu tiada diingatkan perbuatannya dan qasadnya itu jahat kerana disangkanya akan dirinya itu hampir kepada Allah Ta'ala kerana ia berupa dengan rupa ulama dan berlaku seperti kelakuan ulama pada zahirnya tetapi di dalam hantinya sangat kasih kepada dunia dan kemuliaannya maka mereka itulah orang yang dapat binasa di dalam akhirat dan yang yang sangat kurang akal mereka itu lagi terpedaya dan sesat ia lagi menyesakkan orang lain dan mereka itulah sejahat2 daripada ulama yang dikata oleh Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud "Aku terlebih takut atas kamu daripada dajal akan seorang lain daripada dajal" maka tanya sahabat "siapa mereka itu ya Rasulullah" maka sabdanya "mereka itulah ulama yang jahat" dan sabdanya Nabi SAW yang bermaksud "barangsiapa bertambah ilmunya padahal tiada bertambah hidayahnya nescaya tiada bertambah daripada Allah Ta'ala itu melainkan jauh"

Hidayatul As-Salikin
M/S: 14 dan 15
Surau Kg Jawa
1 Julai 2009

Golongan yang ketiga ini lebih merujuk kepada golongan yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat habuan dunia termasuk harta-benda, kemegahan, kemuliaan dan pengaruh supaya mudah untuk mereka memenuhi segala hajat mereka. Mereka inilah golongan ulama sesat atau ulama jahat (ada panggil ulama suuk) yang mementingkan keduniaan daripada kebenaran. Setiap apa yang hendak diminta daripada mereka ini yang memerlukan pengetahuan mereka tentang agama mesti dihabuankan mengikut kepuasan mereka. Habuan lebih dijadikan matlamat berbanding ilmu yang hendak disampaikan oleh mereka. Terdapat juga golongan ini yang dipergunakan oleh mereka yang lebih berkuasa untuk kepentingan diri. Golongan ulama sesat ini hanya mengiakan apa yang disuruh kepada mereka selagimana periuk nasi mereka masih selamat. Mereka ini apabila dikurniakan ilmu agama tidak bertambah hidayah (petunjuk) mereka hatta makin jauh daripada rahmat Allah SWT.

Wing 0: Berhati-hati dengan golongan ustaz ekspress.

No comments: