Monday, October 5, 2009

Permulaan Ilmu Tauhid - Bahagian 2

Ilmu tauhid merupakan ilmu mengenali sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah Ta'ala yang mana sifat-sifat ini hanya dapat dikenali melalui zat (sifat)Nya sahaja. Ilmu ini juga membincangkan sifat-sifat bagi seorang Rasul serta apa yang dibawa oleh Baginda. Melalui ilmu ini seorang hamba akan lebih mengenali tuhannya dan melaluinya juga seorang hamba akan peroleh 2 nikmat syurga iaitu syurga makrifat iaitu ketenangan dan syurga akhirat. Ilmu ini wajib dipelajari dan diyakini melalui dalil-dalil yang perlu diketahui.

Agama ialah himpunan segala hukum yang diturunkan oleh Allah Ta'ala kepada hambaNya yang mukallaf melalui RasulNya yang mana akan membawa mereka kepada kabajikan yang kekal. Ada 4 tanda orang yang beragama:
1. Berpegang kuat dengan apa yang dibawa oleh ahli Sunnah
2. Melakukan ibadah dengan ikhlas
3. Melakukan apa yang disuruh oleh Allah Ta'ala
4. Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta'ala

No comments: