Tuesday, September 29, 2009

Tujuan Menuntut Ilmu - Bahagian 2

Kedua seorang menuntut ilmu kerana menolong akan kehidupannya di dalam dunia dan kerana dapat kemuliaan dan kemegahan dan kerana dapat hartanya maka sangat jahat maka jikalau dikekal akan qasadnya serta diketahuinya akan jahat kelakuannya itu maka lalu mati ia dengan tiada taubat daripada perbuatan itu maka mereka itu mati di dalam maksiat lagi derhakalah mereka itu maka jikalau taubat mereka itu dahulu daripada matinya maka lalu diamalkannya akan ilmunya dengan amal yang soleh nescaya diperhubungkan mereka itu dengan orang yang dapat kemenangan di dalam dunia dan di dalam akhirat itu kerana orang yang taubat daripada dosa itu seperti orang yang tiada berdosa dan dapatlah mereka itu keredhaan daripada Allah Ta'ala seperti firman Allah Ta'ala yang ertinya "bahawasanya Allah Ta'ala kasih akan mereka itu yang banyak taubat kepada Allah Ta'ala dan kasih ia akan mereka itu yang bersuci daripada najis dan daripada dosa."

Hidayatul As-Salikin
M/S: 13 dan 14
Surau Kg Jawa
17 Jun 2009

Tujuan kedua orang menuntut ilmu adalah semata-mata untuk kesenangan dunia dalam mengejar nama, pangkat, kemegahan serta kekayaan. Mereka tergolong dalam golongan yang jahat di mana sekiranya mereka mati, mereka mati dalam keadaan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. Mereka perlu bertaubat dan memanfaatkan ilmu mereka dalam amal kebajikan untuk meraih kembali keredhaan Allah SWT.

Wing 0: Percaya atau tidak kebanyakan orang pada hari ini tergolong dalam kumpulan kedua ini

No comments: