
Ketika saya pulang ke Pulau Pinang pada Rabu baru-baru ini, sahabat saya memasang lagu-lagu nasyid yang terkenal pada era 80-an ketikamana nasyid tidak menjadi halwa masyarakat ketika itu.
"Ana suka lagu-lagu nasyid dulu. Lirik lebih jelas daripada muzik," kata sahabat saya.
Saya tersenyum. Meskipun muzik bukanlah kegemaran saya tetapi saya setuju dengan pendapatnya. Pada hari ini saya lihat kebanyakkan lagu-lagu yang dikategorikan dalam lagu nasyid hanya sebagai satu lagu yang berdendang untuk menyedapkan telinga daripada membangkitkan semangat seseorang. Nasyid-nasyid ini dinilai muziknya dahulu sebelum dinilai lirik lagunya. Ini pendapat saya, nak bangkang terpulang. Saya menilai berdasarkan pemerhatian saya.
Ketika menjadi pelajar di Darussyifa', antara asas 10 yang kedua yang dihafal ialah ayat dari surah Al-Mukminuun ayat 115. Tiada perkara yang Allah SWT jadikan sia-sia. Hanya bagaimana satu perkara itu dilihat, itu yang membezakan hasil yang akan kita perolehi. Bak kata orang kampung Ustaz Hasrizal; What you see is what you get. Kita boleh mengumpamakan seperti perkara di bawah;
Seorang pemuda pergi ke pusat membeli-belah untuk berjalan-jalan.
Seorang suami pergi ke tempat sama untuk membeli barang keperluan harian.
Seorang penganalisis pergi ke tampat sama untuk mendapatkan data.
Seorang pendakwah pergi ke tempat sama untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
Orang yang berbeza pandangan dan matlamat menuju ke satu tempat yang sama. InsyaAllah mereka akan mendapat apa yang mereka hajatkan untuk ke tempat tersebut. Pada saya penting untuk memperbetulkan penglihatan ini agar apa yang kita lakukan membawa makna kepada kita. Masa, tenaga dan wang tidak dibazirkan sia-sia sekiranya apa yang ingin kita lakukan ini mempunyai satu pandangan yang jelas, yang boleh membawa kita ke matlamat yang sempurna serta perkara yang kita lakukan memberi makna kepada kita. Semoga apa yang kita lakukan tergolong dalam golongan yang melakukan ibadah dalam masa sama memperoleh makna yang yang baik dalam melakukan sesuatu.
Wing 0: Lihat dengan mata iman
2 comments:
kita biasanya melihat sesuatu 'peristiwa yang berlaku' adalah sebab untuk berlakunya 'akibat'(natijah). Padahal di antara keduanya terdapat 'cara berfikir'(tafkir). Hakikatnya, natijah yg akan berlaku sebenarnya bergantung bagaimana kita melihat dan menerima peristiwa tersebut.
Ya, setuju...
Post a Comment