Thursday, January 15, 2009

Pilihanraya Kuala Terengganu: Selamat Berjuang

Pagi tadi selepas solat Subuh menerima panggilan daripada Shuhaimi yang sedang bertugas di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Menurutnya pada ketika ini semua petugas terpaksa melakukan banyak kerja menjelang tarikh buang undi yang akan berlangsung pada Sabtu ini (17 Januari 09). Dikatanya juga di sana terutama di ADUN yang dia sedang bertugas, ramai menteri turun untuk meraih undi. Dia minta agar kita yang tidak berada di sana bersama-sama bermunajat agar Allah SWT menurunkan kemenangan kepada pejuang yang berjuang menegakkan Islam di Kuala Terengganu. Semoga dengan ini juga dapat membesarkan lagi jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Kepada pengundi di Kuala Terengganu, undilah calon yang mampu membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Janganlah dikabur oleh gula-gula dunia yang dikatakan akan diperoleh sampai ke liang lahat tapi tidak membawa apa-apa kebaikan di akhirat kelak. Selamat mengundi.

Wing 0: Jom undi PAS

No comments: