
Perkara yang menggembirakan apabila sudah dua bulan berturut-turut tak perlu bayar bil air dan elektrik. Sepertimana yang semua maklum di Selangor 10 meter padu air dibayar oleh kerajaan negeri manakala jika bil elektrik bawah RM20, kerajaan pusat akan tanggung. Disebabkan sudah 2 bulan tinggal seorang diri dan hanya pulang ke rumah pada waktu malam maka kegunaan air dan elektrik turun mendadak. Kepada kerajaan negeri Selangor dan Pusat, terima kasih kerana melaksanakan sistem ini...
Meskipun sudah jimat dalam RM30 sebulan, namun kesengsaraan tinggal di kawasan lembah klang dengan gaji kurang RM1k agak meletihkan diri, apatah lagi apabila harga barang yang semakin hari semakin meningkat meskipun harga minyak global telah mencapai paras US67 dolar setong. Ada yang menyatakan keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak stabil menyebabkan harga barang-barang tidak dapat diturun, persoalannya sekarang kenapa mereka yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara masih gagal mengatasi masalah ini dalam masa sama mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang putar-belit. Tak tahulah kalau dikatakan nak jaga hati rakyat tetapi pada saya kenyataan ini hanya menyakitkan hati.
Perkara yang lebih memeritkan pada bulan ini apabila dikatakan gaji tidak dapat dimasukkan kerana duit geran sudah habis. Walhal duit geran yang digunakan itu adalah duit geran tahun 2007, dalam kata lain sehingga ke hari ini duit geran untuk tahun 2008 masih belum masuk ke akaun meskipun sudah berada hampir hujun tahun 2008. Nasib baik pada bulan Ramadhan lepas tidak banyak menggunakan duit. Harap cukup la sampai bulan depan...
Wing 0: Kena buat kerja part-time. Sedihnye...
7 comments:
wah! wah! ni byk ley jimat ni..
paan.. salam ziarah..
Mana jimatnya...
Baca sampai habis dulu...
To hakim, selamat melawat ke blog ini
bro.. tu kira jimat la.. dah tak payah bayar bil air dgn letrik..
cuma kos living kat sana tinggi kan..
sabar yer..
tak apa.. bersusah-susah dulu..
Ha ha ha...
Thanx. Atas nasihat tu.
Ada makna lain bagi mereka yang memahami disebalik teks ini :-)
Segala yang berlaku penuh dengan hikmahnya...
owh! Setiap kejadian berhikmah.. ok!
teruskan perjuanganmu fi Sabilillah!!
Post a Comment