Hari ini sudah masuk 1 Rejab 1429H. Pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan balik. Tak sabar rasanya. Harap dapat bertemu bulan mulia ini tahun ini. Di kala ambil cuti hari ini pelbagai perkara bermain di minda. Memandangkan sudah lama tidak rehat sebegini maka banyak la topik yang dilihat kembali, diteliti dan dimuhasabah balik. Tambahan pula semester baru akan bermula minggu hadapan maka ketahan fizikal dan mentaliti perlu berada pada tahap optimum terutama untuk pegang buku pelajaran balik :-p
Pertama sekali apabila dimuhasabah kembali perjalanan diri yang semakin hari meningkat usia menanti ajal menjelma, dapat disimpukan beberapa perkara yang rasanya ingin dikongsi terutama kepada mereka yang melibatkan diri dalam perjuangan Islam. Dalam usaha memperoleh sesuatu, nak tak nak mesti ada benda yang perlu kita korbankan untuk mendapat sesuatu yang diinginkan. In lumrah alam yang telah diatur oleh Yang Maha Adil. Kenyataan ini disokong oleh penulis animasi "Full Metal Alchemist." Meskipun ada unsur yang terpesong dalam animasi tersebut namun pangkal pokok cerita tersebut bermain di sekitar kenyataan tersebut. Kita boleh hendak mengaut segala-galanya namun daripada pengalaman, hasil yang diperoleh tidak setakat mana yang diinginkan. Jika dapat pun sebenarnya kita telah mengorbankan sesuatu yang kita tidak sedari. Tapi kalau rezeki Allah SWT nak berikan maka terima je la...
Orang yang berjaya ialah orang yang berusaha, tetapi orang yang berusaha tidak semestinya berjaya. Jika berjaya tanpa usaha anggap sahaja kejayaan itu sebagai istidraj dari Allah SWT. Tertarik jika difikirkan lagi bagaimana Allah SWT mengaturkan ayat dalam Al-Quran dalam surah Al-Insyirah:5; Setiap kesusahan pasti akan diiringi kesenangan. Ayat ini diulangi sebanyak 2 kali. Jika kita sudah berusaha tetapi tidak berjaya, apakah kita mendapat kesenangan? Jika persoalan ini yang timbul, cuba tanya diri kembali, apakah berjaya itu sama maksud dengan kesenangan? Teringat pada satu ketika dulu ada ayat motivasi yang dijadikan teka-teki; practise make perfect but nobody perfect, so why practise? Ya, berusaha itu perlu kerana apa yang akan kita akan peroleh bukan urusan kita. Hanya Yang Maha Mengetahui akan menentukan apa yang lebih baik kita perolehi. Redha dengan apa yang diterima kerana kita sebenarnya telah memperoleh kesenangan daripada kesusahan yang mungkin tidak mampu kita hadapi kelak.
Ahli gerakan sering dikaitkan dengan tidak mampu melaksanakan tugasan utama seperti kerja dan belajar. Sememangnya dakwah adalah perkara yang cukup penting yang perlu difikirkan namun adakah perlu sehingga gadaikan usaha mencari untuk rezeki? Akan keluar kenyataan; korban demi agama sheikh. Adakah ini satu pengorbanan atau penZALIMan terhadap diri sendiri? Tertarik dengan kata motivasi yang sering diguna oleh Ustaz Hasrizal "Begin with the end in the mind' yang memikirkan hujung pangkal sesuatu perkara sebelum melakukan sesuatu. Tiada gunanya sekadar melakukan sesuatu hanya untuk keuntungan sedikit tetapi kerugian yang banyak. Ini bukan nak lunturkan semangat mereka yang ingin berkorban sesuatu perkara. Cuma hendak mengingatkan kembali bahawa akidah, amalan, fikiran, dan tingkah laku kita tidaklah sehebat para sahabat yang lahir di zaman Rasulullah SAW. Jangan dijadikan mereka sebagai alasan untuk menjadikan diri kita bahan fitnah kepada masyarakat sekiranya kita sudah tahu yang kita tidak mampu mengawal apa yang kita lakukan.
Wing 0: Seronoknya kalau Jumaat memang cuti umum
1 comment:
Mustafa Masyur telah menulis dalam Tariqul Dakwah(Jalan Dakwah);
"Dakwah ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga harum tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang."
Moga jadi Pemuda Harapan Islam..
Post a Comment