Mungkin tajuk ini pernah menjadi email lucu pada suatu ketika dahulu.
Dikisahkan pada satu ketika Sammy Vellu sakit gigi hingga susah nak cakap.
Dia mengisyaratkan ayam, kambing dan beg ke lensa kamera untuk memaklumkan keadaannya.
Semua terfikir-fikir apa yang dimaksudkannya.
Pada ketika itu Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri memahmainya...
Ayam Kambing Beg = "I'm coming back"
Agak satu ketika tidak memblog. Semenjak membuat persediaan ke ICYC sehinggalah seminggu selepas ICYC. Keletihan mungkin boleh dijadikan alasan. Semalam selepas balik usrah sempat menonton temuramah Brother Rocky Bru (http://rockybru.blogspot.com) di astro awani. Mungkin mendapat suntikan baru dari temuramah tersebut? Mungkin juga.
Walau bagaimanapun seperti yang diharapkan semoga mendapat sesuatu yang bermakna daripada memblog ini. Seperti nasihat Brother Rocky Bru, jika ada komputer cubalah memblog. Tidak kisah tentang apa pun hendak diblogkan. Beliau sendiri mengaku pada awalnya beliau tidak pasti apa yang hendak diblogkan namun setelah mula memblog beliau telah dapat hala tuju ke mana perlu diblogkan. Antara nasihat beliau yang menarik ialah kita berblog biar melawan arus perdana.
Semoga mereka yang berblog meneruskan lagi aktiviti blog masing-masing. Good luck
Wing 0: Kembali terbang
No comments:
Post a Comment