
Dalam perlantikan exco negeri yang baru dilihat Sultan memainkan peranan memilih menteri besar bagi negeri masing-masing. Tidak semua ketua jentera negeri yang memenangi majoriti kerusi DUN diperkenan Baginda dalam memegang jawatan tertinggi di negeri masing-masing. Dalam isu di Perak, Pemangku Raja Perak memainkan peranan dalam memilih Menteri Besar yang terbaik di antara nama-nama yang dicadangkan oleh Barisan Rakyat. Dalam isu Selangor, Sultan Selangor inginkan timbalan menteri besar terdiri dari bangsa Melayu dalam mambantu Baginda yang menjalankan fungsi sebagai Ketua Agama Islam dan perkara berhubung adat Melayu. Di Perlis, S/U sulit kepada raja telah memaklumkan raja Perlis berkenan melantik Menteri Besar Perlis tanpa menerima nasihat dari parti Barisan Nasional manakala di Terengganu, sifat angkuh yang ditunjukkan oleh Idris Jusoh kepada Sultan memberi impak kepada dirinya sendiri kerana tidak diperkenan dalam menyambung tugas sebagai menteri besar Terengganu. Semoga penglibatan sultan dan raja negeri dalam meneutralkan masalah yang dihadapi oleh parti pemerintah.
Wing 0: Allahu Akhbar, Daulat Tuanku
No comments:
Post a Comment