Wednesday, March 26, 2008

Bijaksana


Ketika suasana politik Malaysia yang berada dalam kekalutan, Diri ini juga tidak terkecuali daripada terkalut dengan tugasan dan tanggungjawab yang bertambah-tambah.

Tengah hari ini baru sempat sekejap nak menaip.....

Siang masuk lab, malam masuk lab..... macam dah jadi rumah kedua buat masa kini. Namun perkembangan isu semasa masih diikuti.

Khutbah Jumaat minggu lepas di Masjid Masrdi telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rahim Rafie. Beliau memesan agar kita perlu sekurang-kurangnya mempunyai sifat wajib bagi seorang Nabi sekiranya kita tidak mampu ikut semua hadith Nabi. Sifat tersebut: amanah, bijaksana, berkata benar dan tabligh (menyampaikan) harus disemat pada individu yang menggelar dirinya pengikut Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang yang peka dalam isu semasa, beliau berpesan agar kita bijaksana dalam menilai kerajaan yang baru ditubuhkan dengan kerajaan yang sudah lama memerintah. Adalah tidak relevan dan tidak bijaksana jika membandingkan kekurangan kerajaan baru dalam masa terdekat ini dalam masa sama kekurangan pada kerajaan yang sudah lama bertapak didiamkan sahaja.

Semoga Allah SWT memberi pertolongan kepada kerajaan yang berjuang demi kebenaran dan keadilan.

Wing 0: Menyampaikan perkara yang perlu

1 comment:

Farhan Yusri said...

Jangan klik link di atas.
...Virus...