Wednesday, March 12, 2008

Bertenang Menghadapi Situasi

Semenjak selesai pilihanraya ke-12 lalu, pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepada negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Alternatif. Namun ada juga individu-individu di kalangan ahli Barisan Alternatif sendiri yang bertindak tanpa ada sebarang arahan dari pimpinan atas. Ini menambahkan lagi ketakutan bagi mereka yang inginkan keamanan dan keselamatan. Adalah lebih malang bagi mereka yang berada di atas pagar dan mereka yang telah beralih arah dari Barisan Nasional ke Barisan Alternatif yang terpaksa menanggung beban atas kepercayaan sehingga sanggup menukar parti. Seharusnya semua pihak perlu bersabar dan bertenang dalam menghadapi perkara yang mendatang. Pihak BN sentiasa mengintai peluang untuk memburuk-burukkan BA. Sehubungan itu ahli-ahli BA perlu berhati-hati dan pimpinan perlu peka dan sentiasa berwaspada sebarang gangguan dan provokasi dari BN.

Wing 0: Bertenang walaupun kerja banyak :-p

No comments: