Pada 10 Julai 07 jam 2 petang, kuliah pertama bagi subjek Kaedah Penyelidikan (CHM5901). Setelah lebih 6 bulan tidak berkuliah akhirnya saat untuk menjadi pelajar semula bermula. Memandangkan sudah lama tidak menghadiri kuliah dan ada bebanan berat yang perlu ditanggung pada semester ini maka hanya satu subjek yang diambil pada semester ini.
Kuliah yang sepatutnya mengambil masa 3 jam tetapi dihabiskan Prof. Anuar dalam 2 jam memandangkan ada yang mengambil subjek Keselamatan Makmal (CHM5001 ) pada jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Kuliah hari ini lebih kepada pengenalan tentang asal kaedah penyelidikan sains.
Daripada sejarah sains, masyarakat bertamadun bermula dengan kumpulan pemburu yang diikuti nomad dan akhirnya masyarakat moden. Jika dikaji pengembangan sains, terdapat 2 peringkat yang dilalui iaitu sains dibawah autoriti/agama dan sains bebas. Masyarakat moden yang bertamadun bermula tahun 1800 sehingga sekarang. Perkara yang menjadi persoalan oleh para saintis ialah mengapa peningkatan mendadak berlaku bermula pada tahun 1800 dan apa yang berlaku sebelum itu.
Dalam pendahuluan juga dibincangkan pengertian sains yang merupakan proses memformulakan soalan spesifik diikuti mencari jawapan dalam mengenali dan memahami alam ini. Dalam erti kata lain sains ialah cara berfikir. Dalam proses ini, logik dan bukti amat diperlukan dalam mendefininisi sains moden. Ini merupakan proses intelektual yang bermatlamat memahami alam semesta.
Istilah fiksyen yang sering digunakan dalam novel dan filem-filem yang berbentuk imaginasi sebenarnya merupakan pandangan saintis-saintis dalam menggambarkan teknologi masa hadapan. Dalam tahun 80-an ramai saintis yang menganut fahaman atheis kerana tidak dapat membuktikan tujuan kewujudan manusia di atas muka bumi ini.
Bab terakhir dibincangkan ialah pengetahuan dan sumber-sumbernya. Pengetahuan yang didefinisikan sebagai maklumat yang terpenting kepada manusia untuk memahami persekitaran di mana tiada batas masa dalam sumber memperolehnya. Terdapat 6 sumber memperolehnya;
1. Tenasiti – perkara yang sering diulangi atau didoktrin
2. Intuisi – daripada individu yang dirasakan layak memberi pengetahuan
3. Autoriti – daripada golongan yang lebih berautoriti memberi maklumat
4. Rasional – berdasarkan idea/teori yang pernah wujud dan logik
5. Empirik – pengalaman yang pernah dihadapi
6. Sains – kombinasi rasional dalam mengembangkan teori dan empirik untuk menguji teori
Wing 0: Banyak idea yang timbul. Mungkin dalam post lain
No comments:
Post a Comment