Kuliah kali ini lebih berkisarkan tentang penyelidikan. Apabila berkata tentang penyelidikan, cara pemikiran yang membawa makna kepada sesuatu perkara perlu disertakan dengan data atau maklumat yang diperolehi. Dalam kata lain penyelidikan ialah cara menyelesaikan masalah dalam usaha mengeluarkan manusia daripada kejahilan serta mengetengahkan ilmu baru. Secara umumnya terdapat 2 kumpulan penyelidik iaitu penyelidikan asas dan penyelidikan aplikasi. Penyelidikan asas menerangkan konsep manakala penyelidikan aplikasi menggunakan konsep dalam kehidupan seharian.
Dalam usaha menyelidik, terdapat ciri-ciri yang perlu diterjemah;
1. Setiap penyelidikan bermula dengan persoalan dalam diri para penyelidik.
2. Setiap penyelidikan perlu jelas berkenaan persoalan yang ingin diselidik.
3. Penyelidikan melibatkan masalah utama dan masalah sampingan.
4. Penyelidikan berpandukan hipotesis yang sesuai.
5. Setiap penyelidikan melibatkan fakta dan pengertian fakta tersebut.
Dalam penyelidikan juga terdapat proses-proses yang perlu dilalui;
Fasa penghasilan idea – mengenali topik yang ingin dipelajari.
Fasa menterjemah masalah – memperhalusi perkara yang kabur dan idea umum kepada persoalan spesifik untuk dipelajari.
Fasa langkah kerja – Menentukan langkah-langkah tertentu yang akan digunakan untuk mengumpul data atau maklumat.
Fasa pemerhatian – Mengumpul dan merekod pemerhatian yang diperolehi daripada langkah kerja yang dilakukan.
Fasa menganalisis data – Menganalisis data yang diperolehi menggunakan langkah statistik yang sesuai.
Fasa mentafsir data – Membandingkan data yang diperoleh dengan data yang daiharapkan berdasarkan teori. Adakan menyokong teori atau tidak.
Fasa komunikasi – Menyediakan dan membentangkan laporan kerja dalam bentuk penulisan dan oral untuk dihebahkan kepada orang ramai.
Dalam penyelidikan terdapat batasan berdasarkan jenis penyelidikan yang dibuat;
Pemerhatian alam – Merangkumi pemerhatian bahan diselidik dalam alam habitatnya. Penyelidik hanya memerhatikan tanpa mengganggu bahan diselidik dan persekitarannya.
Kes pembelajaran – Melibatkan bahan diselidik dalam keadaan skala yang disediakan dan melihat tindak balas bahan diselidik berdasarkan skala tersebut.
Kajian hubungan – Lebih kepada menafsir hubungan antara dua bahan yang pelbagai.
Kajian perbezaan – Membandingkan dua atau lebih kumpulan yang wujud.
Kajian eksperimen – Hampir sama dengan kajian perbezaan tetapi tidak menyebelahi mana-mana pihak atau keadaan dalam kajian.
No comments:
Post a Comment